Friday 22 November 2013

ARTIKEL : YANG TERSEMBUNYI DI DALAM HARI

Hari dijadikan untuk mengukur usia dunia. Setiap hari menyimpan rahsia tersendiri dengan seribu satu peristiwa. Yang aneh, yang indah, yang ceria, yang muram semuanya adalah hari.
 
Hari apakah saudara dan saudari dilahirkan ke dunia? Lihatlah apa yang pernah berlaku pada hari pertama saudara dan saudari menghirup udara bumi dalam sejarah kejadian alam dan manusia.
 
Hari Ahad
 
Allah s.w.t menjadikan alam, bintang api neraka, bumi yang tujuh, lautan yang tujuh, anggota manusia yang tujuh dan hari yang tujuh.
  
Hari Isnin
 
-                     Nabi Idris dinaikkan ke langit.
-                     Nabi Musa mengunjungi Bukit Turnisa
-                     Bukit keesaan Allah s.w.t diturunkan
-                     Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
-                     Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w
-                     Rasullullah wafat
 
Hari Selasa
 
-                     Nabi Yahya wafat dibunuh
-                     Nabi Zakaria wafat dibunuh
-                     Tukang-tukang sihir Firaun ditewaskan
-                     Asiah isteri Firaun mangkat dibunuh
-                     Lembu Kaum Bani Israel dibunuh
-                     Habil dibunuh oleh Qabil
   
Hari Rabu
 
-                     Qarun hancur binasa
-                     Firaun dan tenteranya ditenggelamkan
-                     Raja Namrud ditewaskan oleh nyamuk
-                     Umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan keras Malaikat Jibrail
-                     Umat Nabi Hud dimusnahkan Allah s.w.t dengan angin taufan
  Hari Khamis
 
-                     Nabi Ibrahim memasuki Mesir
-                     Saudara-saudara Nabi Yusuf menemui baginda
-                     Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf di Mesir
-                     Nabi Yaacob bertemu dengan anaknya Nabi Yusuf diMesir
-                     Nabi Musa memasuki Mesir
 
Hari Jumaat
 
-                     Nabi Adam berkahwin dengan Hawa
-                     Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha
-                     Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah anak Nabi Syuib
-                     Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis
-                     Rasullullah s.aw berkahwin dengan Siti Khadijah dan juga Aishah
-                     Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah Az-Zahrah
   
Hari Sabtu
 
-                     Nabi Nuh diperolok oleh kaumnya
-                     Nabi Salleh ditipu umatnya
-                     Nabi Yusuf ditipu oleh saudaranya
-                     Nabi Musa ditindas Firaun
-                     Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi
 
 “ Jadikan ilmu sebagai panduan beragama, pengalaman sebagai hikmah beragama dan fikiran sebagai keindahan beragama "


"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al-Hujuraat 49:6)



(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)

No comments: