Gambar Yang Menjadi Terkenal Di Seluruh
Dunia =D
Lazimnya, untuk sesebuah gambar untuk menjadi terkenal dalam
dunia Internet, ia mestilah mempunyai maksud dan memberi kesan yang mendalam
kepada mereka yang melihatnya..Di bawah ini terdapat beberapa keping gambar
yang telah menjadi terkenal di seluruh dunia..Kalau nak tahu apa maksud dan
makna yang dibawa oleh gambar tersebut, meh usha kat bawah ni..
1. Gadis Afghanistan (1984)
Gambar gadis Afghanistan ini telah
diambil oleh seorang jurugambar National Geographic, Steve McCurry. Gadis yang
bernama Sharbat Gula, merupakan salah satu daripada pelajar-pelajar di sekolah
formal di dalam kem pelarian; dan McCurry yang ketika itu jarang diberi peluang
untuk mengambil gambar wanita Afghanistan telah mengambil peluang dan menangkap
gambar beliau. Dia berumur kira-kira 12 tahun pada masa itu. Gambar dia
kemudiannya dijadikan kulit hadapan majalah National Geographic setahun selepas
gambarnya diambil dan dia ditemui semula pada tahun 1992.
2. Omayra Sánchez (1985)
2. Omayra Sánchez (1985)
Omayra Sánchez merupakan salah seorang
daripada 25,000 mangsa letusan gunung berapi Nevado del Ruiz (Colombia) yang
meletus pada 14 November 1985. Budak berusia 13 tahun itu telah terperangkap di
dalam air dan konkrit selama 3 hari. Gambar itu diambil tidak lama sebelum
beliau meninggal dunia dan ia menimbulkan kontroversi kerana kerja-kerja
jurugambar dan kegiatan kerajaan Colombia di tengah-tengah tragedi itu, apabila
ia telah diterbitkan di seluruh dunia selepas kematian gadis tersebut.
3. Potret Winston Churchill (1941)
3. Potret Winston Churchill (1941)
Gambar ini telah diambil oleh Yousuf
Karsh, seorang jurugambar Kanada, apabila Winston Churchill berkunjung ke
Ottawa. Potret gambar Churchill ini telah menjadikan Karsh terkenal di persada
antarabangsa. Ia didakwa menjadi potret fotografi yang paling banyak
dikeluarkan semula dalam sejarah. Ia juga pernah menjadi kulit muka depan
majalah Life.
4. Nasib Pelarian Perang Kosovo (1999)
4. Nasib Pelarian Perang Kosovo (1999)
Gambar ini adalah sebahagian daripada
gambar yang memenangi hadiah Pulitzer dalam majlis The Washington Post
(2000) di mana ia menunjukkan bagaimana kanak-kanak pelarian Kosovo, Agim
Shala, berusia 2 tahun, melepasi pagar kawat berduri ke tangan datuk dan
neneknya di sebuah kem yang dikendalikan oleh United Arab Emirates di Kukes,
Albania . Ahli-ahli keluarga Shala telah bersatu semula di sini selepas
melarikan diri daripada konflik di Kosovo.
5. Kanak-Kanak Merangkak Ke Kem Pelarian Demi Sesuap Makanan (1995)
5. Kanak-Kanak Merangkak Ke Kem Pelarian Demi Sesuap Makanan (1995)
Gambar yang memenangi anugerah Pulitzer
ini telah diambil pada tahun 1994 semasa kejadian "Kebuluran Sudan". Gambar
yang menunjukkan kanak-kanak kurus kering yang sedang merangkak ke arah kem
makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terletak satu kilometer
dari situ. Burung hering turut berada di sisi kanak-kanak berkenaan di mana ia
sedang menunggu untuk kanak-kanak tersebut mati sebelum dijadikan makanan.
Gambar ini telah mengejutkan seluruh dunia. Tiada siapa yang tahu apa yang
berlaku kepada kanak-kanak berkenaan, termasuk jurugambar Kevin Carter yang
meninggalkan tempat itu sebaik sahaja gambar itu diambil. Tiga bulan kemudian,
dia membunuh diri kerana masalah kemurungan.
6. Tempat Minum Air Yang Terasing (1950)
6. Tempat Minum Air Yang Terasing (1950)
Gambar tempat minum air yang terasing
akibat perbezaan warna kulit ini telah diambil di North Carolina.
7. Sami Membakar Diri (1963)
7. Sami Membakar Diri (1963)
Pada 11 Jun 1963, Thich Quang Duc,
seorang sami Buddha dari Vietnam telah membakar dirinya sampai mati di
persimpangan jalan yang sibuk di pusat bandar Saigon untuk membawa perhatian
kepada dasar-dasar yang menindas rejim Diem Katolik yang dikawal kerajaan
Vietnam Selatan pada masa itu. Sami-sami Buddha meminta rejim untuk memansuhkan
larangan untuk mengibarkan bendera Buddha tradisional bagi memberikan Buddha
hak yang sama seperti agama Kristian Katolik, menghentikan sebarang penahanan
mereka yang beragama Buddha dan untuk memberi sami-sami Buddha dan biarawati
hak untuk mengamalkan dan menyebarkan agama mereka. Walaupun sedang terbakar,
Thich Quang Duc tidak mengerakkan walau seinci pun tubuh badan beliau.
8. Bliss (2000)
8. Bliss (2000)
"Bliss" merupakan nama kepada
sebuah gambar landskap di Napa County, California yang terletak di timur Sonoma
Valley. Ia mengandungi bukit-bukau berwarna hijau dan langit biru dengan awan
stratocumulus dan sirus. Imej ini kemudiannya digunakan sebagai 'wallpaper'
komputer untuk tema "Luna" dalam Windows XP. Gambar itu
telah diambil oleh jurugambar profesional, Charles O'Rear, seorang penduduk St
Helena di Napa County, untuk syarikat reka bentuk digital, HighTurn. O'Rear
juga telah mengambil gambar-gambar Napa Valley untuk artikel nya untuk majalah
National Geographic keluaran Mei 1979. Gambar ini dikatakan telah mencecah
harga setinggi US$200 juta sepanjang pengiklanan Windows XP.
9. Kebakaran The Triangle Shirtwaist (1911)
9. Kebakaran The Triangle Shirtwaist (1911)
Gambar ini menunjukkan susunan mayat di
perkarangan Syarikat Triangle Shirtwaist. Peraturan syarikat tersebut telah
mengarahkan agar pintu kilang sentiasa ditutup dan dikunci agar para pekerja
(wanita yangkebanyakannya pendatang) tidak boleh meninggalkan kilang
tersebut atau mencuri. Apabila kebakaran berlaku, ia telah menyebabkan tragedi
di mana 146 orang meninggal dunia pada hari itu.
p/s: Setiap gambar membawa makna yang tersirat dan setiap gambar ada ceritanya yang tersendiri..
p/s: Setiap gambar membawa makna yang tersirat dan setiap gambar ada ceritanya yang tersendiri..
No comments:
Post a Comment