Wednesday 30 October 2013

PERNAH BUAT TAK MASA KECIL DULU? - PART 3


22.  Bila kena masuk perpustakaan, ramai budak yang akan ambil macam-macam buku tapi sekadar tengok gambar jer sebab tak cikgu nampak kita tak baca apa-apa. Aku masuk sahaja, memang akan cari buku dan baca dan mungkin dari situ timbulnya minat membaca aku tu.



23. Rancangan Makanan Tambahan atau RMT untuk budak-budak daripada keluarga yang susah TETAPI ada juga mak bapak jenis yang berduit, anak-anak dapat RMT. Aik? Macam mana tu? 

24. Pakai ‘pencil box’ yang boleh buka bahagian depan dan belakang, siapa ada tempat untuk letak pensel supaya tak bergerak dan  ada ‘sharpener’ kat tengah-tengahnya. 



25. Pakai Pembaris yang dalamnya ada air, ‘goldage’ bagai. Betul ke eja tu ke goldaj jer… huhuhu…


26.Ada cikgu yang pakai pembaris warna kuning dan ada tempat pemegang di bahagian tengah untuk buat garisan lurus kat papan hitam.
 







 Dua lagi pembaris ni saja je aku letak...

27. Main batu seremban, tutup botol atau tutup oren terutamanya selepas habis ‘exam’. Masa darjah enam siap doa orang bawa kad UNO main dalam kelas dan mulalah berpakat nak kenakan orang itu lah orang inilah. Aku pernah diperlakukan begitu oelh budak-budak nakal kat dalam kelas dan akhirnya aku berjaya jadi orang yang pertama sebut ‘UNO GAME!!’ Padan muka korang!
 
Batang Aiskrim
Tutup botol ke tutup oren ker sama jer... ada pula istilah bunga dan jamban kan! Betul tak?
Kad UNO
Batu seremban. Boleh main guna lima atau tujuh biji batu seremban

Main lompat getah
28. Lebih suka pakai jam digital sebab ada nombor berbanding jam yang pakai jarum sebab kita tak reti nak tengok jam. Betul tak! Kalau  ada yang suruh kita beritahu sekarang pukul berapa, tengok jam dinding kat rumah mesti kita sebut ‘jarum panjang pukul satu, jarum pendek pukul 12’


29. Kalau kasut sekolah, kita lebih suka pakai kasut yang zrap sana zrap sini daripada pakai kasut yang bertali. Aku sampai sekolah menengah pun lebih rela pakai kasut zrap…zrap…macam tu.



30. Balik sekolah sama ada tengah tunggu mak ayah, pak cik van, pak cik bas atapun tunggu kawan-kawan atau juga tunggu kakak, abang, adik mesti kita selalu beli jajan yang dijual di luar kawasan sekolah. Adakalanya sanggup tak makan masa rehat sebab balik nanti nak beli coklat lah, gula-gula atau keropok. 


Dulu masa balik naik bas (Darjah 1 dan 2), aku selalu beli keropok ikan dekat mak cik Indon yang tinggal berhadapan dengan sekolah. Kuah cilinya dia sedap 20 sen ada tiga keping keropok ikan tu, (Kalau tak silap akulah). Masa darjah 4,5,6 pula kelas sesi pagi. Dalam perjalanan balik tu singgah kat rumah sorang mak cik ni, beli air oren, sirap dan juga anggur. Lepas tu siap beli bihun goreng, mi goreng, kue teow goreng yang di bungkus dalam plastik kecil.  Masing-masing harganya 50 sen.


Sate Ikan..dulu satu 10 sen jer...sedap walupun dia orang pakai penyapu lidi jadi menyucuk sate tu...
31. Budak-budak lelaki suka main tepuk kad atau ada yang panggil tepuk katak sebab tangan kita dikepakkan macam katak. Siapa yang berjaya telangkupkan kad tu dia dapat. Paling banyak dikira pemenang.


32. Beli Dendang, Tora ataupun Jojo. Bukan nak pun coklat dia tu. Beli sebab nak dapatkan mainan yang ada. Kalau dapat yang sama mesti ada rasa kecewa sebab kita dah dapat sebelum ini kan! Rancangan makanan tambahan.

Berakhir kisah kenangan masa kita kecil-kecil dahulu. Sayangnya generasi sekarang tak lagi menikmati apa yang pernah kita lalui. Nak biarkan mereka bebas bermain pun rasa tak selamat. Alamatnya duduklah dalam rumah. Kalau ada adik-beradik ramai boleh juga jadi teman bermain tapi kalau yang anak tunggal tu? 

Mainlah sorang-sorang.  Sekarang adik-beradik 10 orang pun belum tentu nak main sama-sama. Main khemah-khemah ke, mak-mak ke, masak-masak, kawen-kawen pun gak dulu kan.
Dia orang masing-masing sibuk main ‘computer game’, tak pun hadap laptop, Ipad, Iphone dan macam-macam lagi gajet yang ada kat pasaran. Itu lah yang dihadapkan dari pagi hingga petang. Kalau tengok kartun pula Handy Manny, Higglytown Heroes, Dibo The Gift Dragon, Dora, Ben10, entah apa-apa punya Ultraman, Power Rangers kat tv!
Mana ada lagi cerita Anak-Anak Sidek, Usop Sontorian, Keluang Man. 
Ni antara kartun zaman aku kecik-kecik dahulu....

Dulu masa kecik-kecil dia nilah yang akan bertukar jadi Ultraman dengan pasangannya Minami kot nama pompuan tuh....
Ultraman

Gaban
Suria Baja Hitam







Thunder...Thunder...Thundercats

No comments: