Friday 25 October 2013

PERNAH BUAT TAK MASA KECIL DULU? - PART 2

9. Masa sekolah, ada orang bagi Milo percuma, lepas ambil sekali pergi belakang beratur semula.


10. Masa sekolah, ada orang datang jual Vitagen/Susu/Buku-buku terutama buku cerita/Barang, bawak balik ‘list’, mintak duit dekat mak dan abah, nak beli buku. Aku siap tanda nak beli buku yang mana nanti bagi saja l’ist’ tu dekat abang yang jual tu.





11. Lukis burung guna huruf M atau V. Senang kan, jadi juga burung kan! 12. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit. Dah kita wajib buat lukisan macam tu. Satu kelas lebih kurang sama sahaja posisi gambarnya.



13. Masa kecil fikir bentuk hati yang sebenar macam ni ---> ♥

14. Kalau tak siap kerja sekolah , sengaja tinggalkan buku latihan di rumah. Rasanya aku tak ada buat yang ini. Tak siap tak pergi sekolah lah kan! Korang buat macam mana dulu?

15. Pergi dekat peti ais tempat ‘freezer’ atas tu dan bubuh muka bagi sejuk. Konon-konon macam kat ‘oversea’ lah sejuknya tu.


16. Main ‘game’ Pacman atau Mario, Kad Donkey, Happy Family,Old Maid dan Snap. Pacman dan Mario tu aku tak pernah main tapi yang lain OK!




17. Main lubang tikus atau ‘Zero point’. Selalu gak aku main masa sekolah rendah.


18. Mintak biodata kawan-kawan. Hah, yang ini biasanya pada tahun akhir kita bersekolah takut lepas ni tak jumpa lagi kan. Macam-macam ada dan yang paling ‘femes’ aku rasa ayat ni ‘Kenang Daku Dalam Doamu & 'Semoga Berjaya Di Dalam Bidang Yang Diceburi.’



19. Kalau pergi shopping mesti pergi tempat barang mainan dulu. I don’t remember that situation…Am I?

20. Main ‘bubble wrap’. Selalu bila beli barang baru siap berkotak bagai mesti ada plastik putih jernih berbulat-bulat tu. Bukan main suka lagi berdetus-detus bunyinya . Kadang-kadang perah macam perah kain. Apa lagi tut..tut…tut..tut lah bunyinya. Sekarang pun ada buat juga..he…he...he….


21. Minum air panas dalam piring sebab nak bagi cepat sejuk. Kalau dalam cawan kan lama nak tunggu.

No comments: