IF YOU WANT TO BE, WHAT YOU WANT TO BE, BE WHAT YOU WANT TO BE, AND TO BE WHAT YOU WANT TO BE, BELIEVE WHAT YOU WANT TO BE.
Thursday, 31 October 2013
Wednesday, 30 October 2013
PERNAH BUAT TAK MASA KECIL DULU? - PART 3
22. Bila kena
masuk perpustakaan, ramai budak yang akan ambil macam-macam buku tapi sekadar
tengok gambar jer sebab tak cikgu nampak kita tak baca apa-apa. Aku masuk
sahaja, memang akan cari buku dan baca dan mungkin dari situ timbulnya minat membaca
aku tu.
23. Rancangan Makanan Tambahan atau RMT untuk
budak-budak daripada keluarga yang susah TETAPI ada juga mak bapak jenis yang berduit,
anak-anak dapat RMT. Aik? Macam mana tu?
24. Pakai ‘pencil box’ yang boleh buka bahagian depan
dan belakang, siapa ada tempat untuk letak pensel supaya tak bergerak dan ada ‘sharpener’ kat tengah-tengahnya.
26.Ada cikgu yang pakai pembaris warna kuning dan ada
tempat pemegang di bahagian tengah untuk buat garisan lurus kat papan hitam.
Dua lagi pembaris ni saja je aku letak...
27. Main batu seremban, tutup botol atau tutup oren
terutamanya selepas habis ‘exam’. Masa darjah enam siap doa orang bawa kad UNO
main dalam kelas dan mulalah berpakat nak kenakan orang itu lah orang inilah.
Aku pernah diperlakukan begitu oelh budak-budak nakal kat dalam kelas dan
akhirnya aku berjaya jadi orang yang pertama sebut ‘UNO GAME!!’ Padan muka
korang!
Batang Aiskrim |
![]() |
Tutup botol ke tutup oren ker sama jer... ada pula istilah bunga dan jamban kan! Betul tak? |
![]() |
Kad UNO |
![]() |
Batu seremban. Boleh main guna lima atau tujuh biji batu seremban |
![]() |
Main lompat getah |
28. Lebih suka pakai jam digital sebab ada nombor
berbanding jam yang pakai jarum sebab kita tak reti nak tengok jam. Betul tak!
Kalau ada yang suruh kita beritahu
sekarang pukul berapa, tengok jam dinding kat rumah mesti kita sebut ‘jarum
panjang pukul satu, jarum pendek pukul 12’
29. Kalau kasut sekolah, kita lebih suka pakai kasut
yang zrap sana zrap sini daripada pakai kasut yang bertali. Aku sampai sekolah
menengah pun lebih rela pakai kasut zrap…zrap…macam tu.
30. Balik sekolah sama ada tengah tunggu mak ayah, pak
cik van, pak cik bas atapun tunggu kawan-kawan atau juga tunggu kakak, abang,
adik mesti kita selalu beli jajan yang dijual di luar kawasan sekolah.
Adakalanya sanggup tak makan masa rehat sebab balik nanti nak beli coklat lah,
gula-gula atau keropok.
Dulu masa balik naik bas (Darjah 1 dan 2), aku selalu
beli keropok ikan dekat mak cik Indon yang tinggal berhadapan dengan sekolah.
Kuah cilinya dia sedap 20 sen ada tiga keping keropok ikan tu, (Kalau tak silap
akulah). Masa darjah 4,5,6 pula kelas sesi pagi. Dalam perjalanan balik tu
singgah kat rumah sorang mak cik ni, beli air oren, sirap dan juga anggur.
Lepas tu siap beli bihun goreng, mi goreng, kue teow goreng yang di bungkus
dalam plastik kecil. Masing-masing
harganya 50 sen.
![]() |
Sate Ikan..dulu satu 10 sen jer...sedap walupun dia orang pakai penyapu lidi jadi menyucuk sate tu... |
31. Budak-budak lelaki suka main tepuk kad atau ada
yang panggil tepuk katak sebab tangan kita dikepakkan macam katak. Siapa yang
berjaya telangkupkan kad tu dia dapat. Paling banyak dikira pemenang.
32. Beli Dendang, Tora ataupun Jojo. Bukan nak pun
coklat dia tu. Beli sebab nak dapatkan mainan yang ada. Kalau dapat yang sama
mesti ada rasa kecewa sebab kita dah dapat sebelum ini kan! Rancangan makanan
tambahan.
Berakhir kisah kenangan masa kita kecil-kecil dahulu.
Sayangnya generasi sekarang tak lagi menikmati apa yang pernah kita lalui. Nak
biarkan mereka bebas bermain pun rasa tak selamat. Alamatnya duduklah dalam
rumah. Kalau ada adik-beradik ramai boleh juga jadi teman bermain tapi kalau
yang anak tunggal tu?
Mainlah sorang-sorang. Sekarang adik-beradik 10 orang pun belum tentu nak main sama-sama. Main khemah-khemah ke, mak-mak ke, masak-masak, kawen-kawen pun gak dulu kan.
Mainlah sorang-sorang. Sekarang adik-beradik 10 orang pun belum tentu nak main sama-sama. Main khemah-khemah ke, mak-mak ke, masak-masak, kawen-kawen pun gak dulu kan.
Dia orang masing-masing sibuk main ‘computer game’,
tak pun hadap laptop, Ipad, Iphone dan macam-macam lagi gajet yang ada kat
pasaran. Itu lah yang dihadapkan dari pagi hingga petang. Kalau tengok kartun
pula Handy Manny, Higglytown Heroes, Dibo The Gift Dragon, Dora, Ben10, entah
apa-apa punya Ultraman, Power Rangers kat tv!
Mana ada lagi cerita Anak-Anak Sidek, Usop Sontorian,
Keluang Man.
Ni antara kartun zaman aku kecik-kecik dahulu....Tuesday, 29 October 2013
NORA DANISH vs CP MARY
Baju yang dipakai oleh Nora Danish tu sama dengan baju yang dipakai oleh Crown Princess Mary dari Denmark. Nora pakai baju tu semasa menjadi tetamu jemputan di dalam rancangan MELETOP untuk mempromosikan filem Bencinta bersama Farid Kamil. Mula-mula tgk baju ..'Hmm...rasa macam pernah tengok jer baju tu tapi kat mana ya?' Sama tak....sama kan..kan...kan...
Monday, 28 October 2013
Sunday, 27 October 2013
Saturday, 26 October 2013
KOREAN DRAMA - BABYFACED BEAUTY
Subscribe to:
Posts (Atom)