Friday 22 February 2013

AKHIRNYA...

Salam,

Dah lama rasanya aku tak kemas kini kan blog. Bukan apa kadang-kadang bila aku ada mood komputer kat opis pulak block tak bagi buka. Kalau dekat rumah memang tak ada aku nak buka menghadap blog ni semata. 5 hari cuti 5 hari juga aku tak buka laptop. Nak buat cerpen ke mss novel ke apa sume tak ada. Off day! Hari ni tetiba pulak boleh buka blog tapi nak up load macam tak boleh jer. Al-lembabun...lame bebenor nak nunggunyer...tak larat satu gambar macam nak up load 10 gambar.

Sebenarnya kalau nak citer memang banyak cite yg dah basi untuk diceritakan kat sini. Mungkin kalau ada kelapangan (macam sibuk sangat kan!) aku akan letak jugak kat sini. 

Lagi satu masalahnya semenjak ada rombakan tugas2 kerani oleh bekas bos kita orang iaitu En.Nizam memang aku kena hadap fail yang bertimbun-timbun tiap hari. Itu belum kita nak kena buat surat itulah surat inilah, jawab surat aduan orang awamlah, fotokopi minit dan lampiran2 untuk mesyuarat yang memang ada tiap minggu sebab aku berada di jabatan yang meluluskan sesuatu projek pembangunan.

Terpaksalah aku buat walaupun aku tak berapa gemar dengan sesuatu yang 'rasmi'. Pernah sekali aku kena buat surat kelulusan untuk banglo salah seorang menteri. Berdebar-debar dibuatnya dan kalau surat tu memang berkali-kali aku semak supaya tak ada kesalahan tetapi surat apa pun yg aku buat sebenarnya memang aku akan semak dengan setetliti yang boleh. Cuma disebabkan statusnya sebagai menteri jadi berdebar-debar tu jadi bergandalah pulak!

Kadang-kadang aku kena balik lewat untuk siapkan kerja-kerja yang ada sebab ada juga yang bengong telefon setiap hari (ada pemaju yang telefon setiap orang dlm unit aku) untuk tanya bila surat dia boleh keluar untuk segerakan projek2 mereka tu. Ingat aku ni tak ada kerja lain agaknya nak hadap fail dia seorang.

Okeylah jadi curhat (curahan hati kalau di Indonesia) pulak aku ni di hari Jumaat kan. Aku nak sambung sikit kerja aku yang tak berkesudahan tu. Oh, ya! sebelum terlupa nak share jer tadi kita orang adakan jamuan perpisahan untuk bekas bos kita orang yang telah kembali ke tempat kerja asalnya apabila kontrak pertukaran pengarah di sini telah tamat. Sekarang kita orang tak ada bos tapi ada pemangku bos yang agak.... biasalah kalau dapat bos perempuan kan...nanti aku akan up loadkan gambarnya...

Sekian dulu untuk kali ini...wassalam...

No comments: