Sunday 15 July 2012

WHEN REHANZ SAY....





Akhirnya aku...(sebak kejap)....sambung balik ayat: 


Akhirnya aku mengucapkan selamat tinggal kepada SMART WONDER WORLD @ MOLLY FANTASY setelah 'menyerah' diri dengan berkerja di sana selama hampir lapan tahun (usai STPM pd 2004 hinggalah kini). Macam tak percaya dengan keputusan yang aku sendiri buat dan disokong dengan beberapa pendapat daripada individu yang dekat dengan aku (keluarga dan teman2 x-SWW@MF). Aku tanyakan pendapat mereka akan keputusan yang bakal aku buat ni (sekarang dah nyata sebab surat resign dah sampai ke Area Manager MF.

Shop Leader aku sempat tanya lagi "Rehan, awak dah fikir masak-masak ke? Betul ke nak berhenti?" Zass....aku tak dapat jawab dengan yakin pun sebenarnya cuma "Hmmm...yelah kot."Asalnya aku bercadangan untuk menamatkan perkhidmatan aku pada Disember nanti sempena genapnya 8 tahun aku di sana TETAPI atas sebab-sebab tertentu aku terpaksa menamatkan lebih awal iaitu sehari sebelum puasa. Maknanya last day aku 20hb Julai ini iaitu minggu ini (sepatutnya cuti sebab PRD aku...kira off  day aku) TAPI aku minta untuk berkerja.

Ada dalam kalangan rakan-rakan aku yang kurang percaya dengan tindakan aku ni sementelahan ini bukan kali pertama aku kata nak berhenti dan HANTAR SURAT RESIGN. Ini kali kedua dan pertama kali aku tarik balik surat tu pada minggu terakhir aku sepatutnya berkerja. Untuk pengetahuan korang surat itu telahpun diterima oleh pihak pengurusan. Notisnya 1-7 Julai 2011 dan sekarang aku beri notis 13-20 Julai 2012 (setahun jer bezanya)....

Dan minggu ni aku rasa sebak dan fikiran aku masih menimbangkan perkara tersebut (berhenti kerja) tapi orang-orang di sekeliling aku banyak suruh aku berhenti saja dari MF dan tumpukan pada bidang penulisan novel yang seringkali aku tinggalkan disebabkan kekangan waktu...itu pun MINAT  aku sebenarnya. BANYAK IDEA aku yang terperam di dalam kotak 'hikmat' di dalam almari.....

Sampai di sini dulu dan mungkin bila ada lagi waktu-waktu yang terluan aku akan kongsikan lagi kenangan semasa aku bergelar SALES ASSISTANT di SMART WONDER WORLD dan CREW di MOLLY FANTASY..


No comments: