Thursday 19 July 2012

MY LAST DAY AT MOLLY FANTASY

Hari ni HARI TERAKHIR aku berkerja sebagai CREW di MOLLY FANTASY. Rasa macam tak ada apa-apa saja...perasaan aku biasa saja yang mana esok aku off day pastu Sabtu kerja balik...tapi hakikat sebenarnya TIADA LAGI hari  buat aku SELEPAS hari ini di sana sebagai pekerja.

Sebenarnya perassan sedih, hiba,pilu dan berbelah bahagi itu ada cumanya aku tak dapat luahkan pada orang yang betul SEBAB kawan baik aku tiada minggu dan juga tiada lagi di sana (bukan meninggal tau!). Tinggal budak-budak baru yang tak boleh nak diharap....tak reti nak belajar betulkan mesin....asyik tahu nak main game sahaja sedangkan banyak perkara yang perlu dia orang tahu. BUKAN sekadar jaga WAI WAI PARK @ WONDERS PARK atau jadi CASHIER saja.

Mungkin ada hikmah aku berhenti sekarang sementelahan aku tengok aku pulak yang banyak buat kerja (shift malam) berbanding dia orang yang sebenarnya berkerja full time di situ. Sementara ada aku  di sana tanyalah apa-apa yang patut macam mana nak betulkan mesin ke sebab yang crew full time ada yang reti nak betulkan mesin terus tutup...TAMPAL Out Of Service sedangkan benda tu boleh DIBETULKAN pun....

Nasiblah siapa yang tinggal lepas ni...bye........

No comments: