Wednesday 27 April 2011

WAFIUDDIN DAN WAD BERSALIN



Ni gambar MUHAMMAD WAFIUDDIN ALI , the latest anak buah yg menjejakkan dirinya ke dunia pada 22 April 2011. Rambutnya hitam, lebat dan agak berkilat TAPI suka berjaga malam. Ni macam ada ciri2 aunt dia....semoga membesar menjadi anak yang soleh seperti erti di sebalik namanya sendiri

Tadi waktu lunch kita org (geng2 di pejabat) pergi melawat orang bersali ndi Hospital Ampang. Kak Hawa selamat melahirkan anak yang ke-6 namun ada dugaan yang menantinya. Anaknya lemas di dalam perut. Menurut suaminya rahim dan urinya dah terpisah menyebabkan anaknya lemas (menurut doktorlah katanya) dan sekarang ditempatkan di bilik ICU dan bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan. Anaknya tidak beri respon semasa dilahirkan.

Apabila ibunya sampai terjadilah detik2 yg agak menghibakan kepada seorang ibu apabila melihat anak yang kesakitan selepas bersalin dan mendapati cucunya dalam keadaan sedemikian. Semoga anak Kak Hawa cepat sembuh. Dan tahniah kepada seorang lagi Kak Izah yg selamat melahirkan heronya yang ke-3 pagi tadi di HUKM. Kita orang tak sempat nak gi melawat kedua-duanya disebabkan faktor jarak dan masa.

Macam-macam fiil dan gaya boleh dilihat dalam wad bersalin tu...rasa kelakar dan takut pun ada. Ada gak yg sibuk mengendong bayi dari satu tangan ke tangan yang lain. Mungkin cucu sulung kot..

2 comments:

[Fadilah Diyana] said...

bestnye...xsabar nak tunggu merasa peluang jadi mak sedara...

Rehanz said...

dah ada tanda2 ke fad