Friday, 29 April 2011

THE ROYAL WEDDING


Tak sabar rasanya nak tgk majlis kahwin diaorg yg dinantikan oleh seluruh dunia. Khabarnya wakil NTV7 juga membuat liputan di sana...dan yang paling dinanti-nantikan ialah wedding gown yang akan dipakai oleh Kate Middleton.

Thursday, 28 April 2011

QOUTES: AGAMA - CINTA, COUPLE, JODOH DAN KAHWIN

Untuk renungan dan manfaat kita bersama wahai teman-temanku yang masih menantikan seseorang sebagai pendamping dalam meniti kehidupan yang mendatang,



semoga

dicepatkan apa yang lambat,

didekatkan mana yang jauh,

digembirakan saat berduka,

diperkenan segala doa,

akhirnya mendapat teman sejati,

penyeri di dunia,

penyejuk di hati,

peneman di kala sunyi,




















GAMBAR HIASAN SAHAJA YA...

GAMBAR HIASAN SAHAJA (WALAUPUN DAH TAHU SIAPA KAN!)

































Wednesday, 27 April 2011

WAFIUDDIN DAN WAD BERSALIN



Ni gambar MUHAMMAD WAFIUDDIN ALI , the latest anak buah yg menjejakkan dirinya ke dunia pada 22 April 2011. Rambutnya hitam, lebat dan agak berkilat TAPI suka berjaga malam. Ni macam ada ciri2 aunt dia....semoga membesar menjadi anak yang soleh seperti erti di sebalik namanya sendiri

Tadi waktu lunch kita org (geng2 di pejabat) pergi melawat orang bersali ndi Hospital Ampang. Kak Hawa selamat melahirkan anak yang ke-6 namun ada dugaan yang menantinya. Anaknya lemas di dalam perut. Menurut suaminya rahim dan urinya dah terpisah menyebabkan anaknya lemas (menurut doktorlah katanya) dan sekarang ditempatkan di bilik ICU dan bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan. Anaknya tidak beri respon semasa dilahirkan.

Apabila ibunya sampai terjadilah detik2 yg agak menghibakan kepada seorang ibu apabila melihat anak yang kesakitan selepas bersalin dan mendapati cucunya dalam keadaan sedemikian. Semoga anak Kak Hawa cepat sembuh. Dan tahniah kepada seorang lagi Kak Izah yg selamat melahirkan heronya yang ke-3 pagi tadi di HUKM. Kita orang tak sempat nak gi melawat kedua-duanya disebabkan faktor jarak dan masa.

Macam-macam fiil dan gaya boleh dilihat dalam wad bersalin tu...rasa kelakar dan takut pun ada. Ada gak yg sibuk mengendong bayi dari satu tangan ke tangan yang lain. Mungkin cucu sulung kot..