Thursday 26 March 2009

CERPEN : DIRIKU TERCIPTA UNTUKMU

Yes! Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menembusi majalah Dara.com dgn tersiarnya cerpen aku untuk keluaran April 2009. Sebelum ni adalah beberapa buah sajak aku yg telah disiarkan di majalah comel itu dan aku cuba cabar diri agar cerpen aku pula berjaya disiarkan suatu hari nanti.

Namun kejayaan tak datang dgn mudah kerana ini adalah percubaan aku yg ketiga sebelum diterima pihak editor. Cerpen yang berjaya disiapkan dlm beberapa hari bersama cerpen Insiden 31 Disember yg juga berjaya tersiar dlm majalah Harmoni keluaran Januari lalu. Rezeki aku baik tahun ni untuk bergiat aktif dlm penulisan cerpen.

Tambah manis lagi sajak aku berjudul 'Teringin' turut tersiar. Walau bagaimanapun yg kurang seronoknya apabila berlaku kesilapan di pihak majalah tersebut kerana nama orang lain pula diletakkan kat situ. Kesilapan yg mungkin tidak disengajakan pada pandangan aku.Harap2 dapat diperbetulkan...

Cerpen tersebut dijadikan dua siri so kalo nak tahu klimaks dan perleraian (saja guna kosa kata sastera) cerpen tu kena baca untuk keluaran Mei juga. Tajuk tu agak jiwang pada aku 'Diriku Tercipta Untukmu' hehehe... aku tak penah wat tajuk jiwang2 camtu. Judul asalnya ialah 'Di Sini Jodoh Kita' agak klise kot....sebab tu ditukar. So kepada sume pembaca dan pengunjung blog aku yg tak seberapa ni harap2 dapat baca cerpen aku walaupun tak beli majalah tu kan dan anda dialu-alukan utk sebarang komen dan pandangan agar aku dapat menghasilkan yg lebih baik pada masa akan datang....yeah! Hepinyerrrr.....

No comments: