Sunday 15 March 2009

CERPEN : REZEKI MALAM

Sowi, ada masalah sikit pasal cerpen yang aku nak 'paste' kan dekat sini so aku letak cerpen yang yang tak kurang hebatnya juga bagi aku coz aku sendiri tak pernah buat cerita camgini. Siap dapat pujian daripada editor yang uruskan ruangan cerpen di salah sebuah majalah yang best!!Bukan nak puji diri sendiri tapi masa dia puji tu rasa nak melompat jer....hepi giler walaupun terlalu panjang tuk disiarkan dalam majalah tu... It's ok aku try kat tempat lain plak.... Selamat membaca ek!!

REZEKI MALAM
Malam itu langit hitam. Tiada sinar rembulan mahupun bintang-bintang gemerlapan. Kosong. Leka dia melihat dada langit yang tidak berpanorama itu. Seketika kemudian dia tersenyum. Hah, sebutir bintang telah muncul di langit dan bintang itu aku desis hatinya. Rasa sunyi semakin mencengkam apabila bunyi cengkerik saling sahut-sahutan; angin malam berpuput lembut menampar wajahnya yang kian dimamah usia.

Barangkali letih melihat bintang nan satu itu dia melangkah masuk ke kamar usangnya. Tubuh kurus itu dihenyakkan atas tilam lusuh yang semakin menipis. Tilam yang dijumpai di tempat pembuangan sampah dikutip lalu dibersihkan berulang kali sebelum dijadikan alas tidurnya.Di sudut kiri bilik itu terdapat sebuah gerobok pakaian dan di sebelahnya sebuah cermin yang sumbing tepinya tergantung kemas.

Di sebelah kanan katil terdapat sebuah peti kayu yang tersimpan pelbagai khazanah pemiliknya. Dia berbaring sambil memerhatikan bilah-bilah kipas yang ligat berputar. Tanpa disedari pandangannya semakin kabur; kelopak mata yang luas terbuka kian mengecil dan terus mengecil. Dia terlena akhirnya.

Malam menjelma lagi. Hari ini dia harus bekerja lantaran wang tabung kian susut. Setelah bersiap semahunya dia memandang ke cermin dan melihat dirinya. Nampak muda lagi , kalau nak kahwin lagi kira boleh sangat tapi… ada ke yang berkenan kat aku. Sudahlah tua bangka katanya bermonolog sendirian. Dia berjalan selangkah demi selangkah menuju ke destinasi.
Derapan langkah semakin perlahan tatkala kian hampir pada destinasi. Suasana malam itu disinari taburan bintang ; sesekali gemersik geseran dedaun memecah kesunyian. Dia berjalan dalam suasana yang gelap sambil ekor mata mengitari segenap lorong itu. Dipandang ke kiri tiada apa-apa dan dipandang pula ke kanan kosong. Dia hampa.
bersambung.....

No comments: