Thursday 26 March 2009

CERPEN : DIRIKU TERCIPTA UNTUKMU

Yes! Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menembusi majalah Dara.com dgn tersiarnya cerpen aku untuk keluaran April 2009. Sebelum ni adalah beberapa buah sajak aku yg telah disiarkan di majalah comel itu dan aku cuba cabar diri agar cerpen aku pula berjaya disiarkan suatu hari nanti.

Namun kejayaan tak datang dgn mudah kerana ini adalah percubaan aku yg ketiga sebelum diterima pihak editor. Cerpen yang berjaya disiapkan dlm beberapa hari bersama cerpen Insiden 31 Disember yg juga berjaya tersiar dlm majalah Harmoni keluaran Januari lalu. Rezeki aku baik tahun ni untuk bergiat aktif dlm penulisan cerpen.

Tambah manis lagi sajak aku berjudul 'Teringin' turut tersiar. Walau bagaimanapun yg kurang seronoknya apabila berlaku kesilapan di pihak majalah tersebut kerana nama orang lain pula diletakkan kat situ. Kesilapan yg mungkin tidak disengajakan pada pandangan aku.Harap2 dapat diperbetulkan...

Cerpen tersebut dijadikan dua siri so kalo nak tahu klimaks dan perleraian (saja guna kosa kata sastera) cerpen tu kena baca untuk keluaran Mei juga. Tajuk tu agak jiwang pada aku 'Diriku Tercipta Untukmu' hehehe... aku tak penah wat tajuk jiwang2 camtu. Judul asalnya ialah 'Di Sini Jodoh Kita' agak klise kot....sebab tu ditukar. So kepada sume pembaca dan pengunjung blog aku yg tak seberapa ni harap2 dapat baca cerpen aku walaupun tak beli majalah tu kan dan anda dialu-alukan utk sebarang komen dan pandangan agar aku dapat menghasilkan yg lebih baik pada masa akan datang....yeah! Hepinyerrrr.....

Sunday 15 March 2009

CERPEN : REZEKI MALAM

Sowi, ada masalah sikit pasal cerpen yang aku nak 'paste' kan dekat sini so aku letak cerpen yang yang tak kurang hebatnya juga bagi aku coz aku sendiri tak pernah buat cerita camgini. Siap dapat pujian daripada editor yang uruskan ruangan cerpen di salah sebuah majalah yang best!!Bukan nak puji diri sendiri tapi masa dia puji tu rasa nak melompat jer....hepi giler walaupun terlalu panjang tuk disiarkan dalam majalah tu... It's ok aku try kat tempat lain plak.... Selamat membaca ek!!

REZEKI MALAM
Malam itu langit hitam. Tiada sinar rembulan mahupun bintang-bintang gemerlapan. Kosong. Leka dia melihat dada langit yang tidak berpanorama itu. Seketika kemudian dia tersenyum. Hah, sebutir bintang telah muncul di langit dan bintang itu aku desis hatinya. Rasa sunyi semakin mencengkam apabila bunyi cengkerik saling sahut-sahutan; angin malam berpuput lembut menampar wajahnya yang kian dimamah usia.

Barangkali letih melihat bintang nan satu itu dia melangkah masuk ke kamar usangnya. Tubuh kurus itu dihenyakkan atas tilam lusuh yang semakin menipis. Tilam yang dijumpai di tempat pembuangan sampah dikutip lalu dibersihkan berulang kali sebelum dijadikan alas tidurnya.Di sudut kiri bilik itu terdapat sebuah gerobok pakaian dan di sebelahnya sebuah cermin yang sumbing tepinya tergantung kemas.

Di sebelah kanan katil terdapat sebuah peti kayu yang tersimpan pelbagai khazanah pemiliknya. Dia berbaring sambil memerhatikan bilah-bilah kipas yang ligat berputar. Tanpa disedari pandangannya semakin kabur; kelopak mata yang luas terbuka kian mengecil dan terus mengecil. Dia terlena akhirnya.

Malam menjelma lagi. Hari ini dia harus bekerja lantaran wang tabung kian susut. Setelah bersiap semahunya dia memandang ke cermin dan melihat dirinya. Nampak muda lagi , kalau nak kahwin lagi kira boleh sangat tapi… ada ke yang berkenan kat aku. Sudahlah tua bangka katanya bermonolog sendirian. Dia berjalan selangkah demi selangkah menuju ke destinasi.
Derapan langkah semakin perlahan tatkala kian hampir pada destinasi. Suasana malam itu disinari taburan bintang ; sesekali gemersik geseran dedaun memecah kesunyian. Dia berjalan dalam suasana yang gelap sambil ekor mata mengitari segenap lorong itu. Dipandang ke kiri tiada apa-apa dan dipandang pula ke kanan kosong. Dia hampa.
bersambung.....

Monday 2 March 2009

UPIN DAN IPIN

Ari Jumaat ari tu aku dan familiy (mak,adik, kakak, abg ipar & 2 org anak buah) pakat ramai2 gi serbu Galaxy Ampang nak tgk cite Geng Upin dan Ipin ni. Member aku sendiri nak gi tgk asyik x dpt sbb dah full. Akhirnya aku yang dulu dpt tgk so excited cite kat yang tak dpt tgk. Nak beli tiket kul 5.30 ptg tapi dorang x nak tunggu lama2 so beli yang kul 3.15 ptg. Masuk2 jer cite dah start sikit, tau2 orang kat panggung tu dok gelak. Boleh dikatakan ramai yg dtg dgn keluarga coz citenya memang sesuai utk sume peringkat usia. Berbaloilah walaupun dah masuk lambat 'sikit' kan. Asyik gelak2 dan kpd seseiapa yg lom tgk lagi pergilah cepat sebelum ketinggalan.....