Thursday 27 November 2008

DI KELANA JAYA

Gambar-gambar di sekitar Kelana Jaya sewaktu menghantar abah aku ke sana. Bertolak daripada rumah pukul 3 pagi dan pukul 7 pagi semua calon jemaah haji akan dibawa masuk ke dalam dewan sekaligus memutuskan penglihatan mereka dengan anggota keluarga yang hadir pada hari tersebut. Pada mulanya dua buah van yg akan pergi iaitu satu van untuk Along aku dan 2 orang sedara abah dan satu lagi keluarga aku dan kawan abah yang turut sama menunaikan haji. Takdir Allah s.w.t van yang dinaiki oleh keluarga kakak aku tangki minyaknya bocor dan tak dapat hantar abah. Sedara yg ikut sama terpaksa dihantar pulang ke rumah. Tapi mak nak juga Along ikut jadi terpaksa bersempit sedikit dalam van tu. Alhamdulillah sampai gak kita orang kat sana.
Mula-mula aku okay lagi tetapi bila diumumkan semua calon jemaah haji dikehendaki masuk ke dewan tersebut aku tak dapat menahan sebak lagi. Titisan mutiara kecil seakan-akan tak dapat ditahan walaupun puas aku tahan. Maklumlah tak pernah berpisah sebegini. Apa-apa pun kini abah aku telah berada di Mekah setelah 9 hari di Madinah. Kesihatannya baik cuma batuk dan selesema bahkan semua peghuni blok jemaah haji dari Malaysia itu. Semoga abah selamat pergi dan pulang. Ishk...ishk....





Kaum wanita sedang menjamu selera di rumah jiran yang kami tumpang




Kaum lelaki di rumah aku & gambar lelaki yg jelas kelihatan adalah abang ipar aku yg pertama





Kawan-kawan adik yang dijemput juga




Menguruskan hal-hal terakhir di sana


Calon jemaah haji: Mohd Noordin bin Mohd Basheer


Abah dan mak


Bersama keluarga Along kakak sulung aku



Abah dan Angah




Abah dan Alang 'anak kesayangannya' (famili aku yg cakap)




Abah dan adik



Bersama saudara sebelah abah

Sanak saudara yang berkumpul di Kelana jaya

Abah sewaktu nak berpisah dengan kami



Berjumpa dengan bos MPAJ yg turut hadir di sana










Abah sempat lagi pandang kamera



Abah berjalan masuk
Aku dan mak setelah keberangkatan abah



































































































































No comments: