Monday 10 November 2008

ABAH

aku, abah,mak,kakak,adik dan anak sedara



di majlis kahwin

aku,abah dan mak di Port Dickson


Insyaallah kalo tak ada apa-apa halangan esok aku bakal menghantar abah aku ke Kelana Jaya kerana tahun ni beliau anata jutaan daripada umat islam yang amat-amat bertuah untuk menjadi tetamu-Nya di 'sana'. Dalam usia 53 tahun akhirnya beliau akan dapat melihat Rumah Allah. Pemergian yang aku sekeluarga tidak sangka memandang kedudukan kewangan keluarga yang tidak memungkinan salah seorang daripada kami untuk menjejakkan kaki ke sana. Namun Allah itu maha besar, maha penyayang, maha mengetahui.



Abah aku mendapat tajaan sepenuhnya daripada tempatnya bekerja iaitu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bersama dua orang temannya.Abah aku juga mengikuti kursus yang ditetapkan dan seminggu selepas raya abah menghadir kursus haji perdana sebelum dibawa menghadap Sultan Selangor di Istana Kayangan. merasa gak abah masuk ke istana.Abah akan derada do kota suci itu selama 44 hari. Bertolak dengan penerbangan KT38 dan pesawat MH8023 abah akan melakukan ziarah di Madinah selama 9 hari sebelum berangkat ke Mekah.




Aku mendoakan supaya abah dapat menjalankan ibadah haji dengan sebaiknya dan lancar maklumlah lebih 3 juta umat islam dijangka berada di sana. Dengan keadaan yang tidak berapa sihat (dah tua adalah penyakit yang hinggap kan) aku berharap abah selamat pergi dan kembali semula dengan mendapat haji yang mabrur. Insyallah. Semoga doa-doa yang dopohon dan dipanjatkan di sana akan mendapat keberkatan dan dimakbulkan oleh Allah s.w.t . Aku gembira abah dapat pergi ke sana walaupan aku berasa sedih. Abah tak pernah tinggalkan aku dan keluarga begitu lama. Kami juga telah mengadakan kenduri doa selamat pada 1 Nov lalu di rumah. Aku terkilan walaupun mengetahui abah akan menunaikan ibadah haji ada sedara sebelah ibu yang langsung tidak ambil peduli. Tiada seorang kelibat mereka yang datanh padahal Klang ke Kg. Pandan, KL bukanlah jauh mana pun kan. Tigak orang adik-beradik mak tinggal di Klang sorang pun tak nampak batang hidung termasuk sepupu aku (mungkin dulu sepupu sekarang tak lagi kot) yang sekarang semakin dikenali.



Kalo aku sebut nama atau letak gambarnya di sini mungkin orang akan tahu kot. mungkin keluarga aku tak lagi setaraf dengan mereka di sana yang semakin kaya, dan harmoni kehidupannya. Maklumlah hidup dilimpahi kesenangan, kemewahan,kemashyuran sedangkan kaluarga aku serba sederhana. ikatan kekeluargaaan kami semakin terhakis dan tidak mustahil ianya akan lenyap tak lama lagi lantaran sifat manusia yang mudah lupa dengan harta dan kesenangan mereka. Biarlah mereka denga ndunia kemewahan mereka asalkan keluarga aku hidup dengan seadanya. Apa yang lebih penting ialah abah aku dapat pergi haji. Itulah harta yang paling bersar untuk keluarga aku.


Malam esok lepas je aku balik kerja pukul 11 mlm kena bersiap2 sebab pukul 3 pagi nak keluar rumah. Abah kena berada di Kelana jaya sebelum pukul 7.05pg dan pesawat akan berlepas pada pukul 11pg. SELAMAT PERGI DAN KEMBALI ABAH.

No comments: