Thursday, 24 September 2026

23-24.9.26 - KEMAS BARANG & BILIK - BEG KERTAS, HANDSOCKS, BAJU, SKIRT, TUDUNG, JEANS, KAIN BATIK, ANAK TUDUNG, BAJU ABAH, KAFTAN, GIVEAWAY, RICE BALL & KA

23.9.26

Aku kemas dari bilik baju dulu. Dah kemas baju² aku daripada baju kurung, jubah, blaus dan skirt baru aku kemas barang yang lain.



Macam tongkang pecah kan!


Dah kemas sikit


Handsocks pelbagai warna 





Banyak beg kertas, ber plastik dan beg woven yang aku kumpul selama ni. Simpan sini sikit simpan sana sikit.

Aku terfikir dari mana aku dapat beg ni yer...

Masa pergi Indonesia tahun 2008....

Dulu beg tangan mahal kat Soho masa dorang buat diskaun besar-besaran. Beg jenama Coloris rasanya ni.


24.9.26

Skirt kain kipas masa join koir MPAJ dulu. Staff baharu masa tu wajib masuk dan kena buat persembahan kat SUK  sempena Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Selangor.

Tudung warna kulit gajah - beli dekat TikTok Tok Mek dulu. Kena battle dalam live untuk lock dulu baru boleh beli. Dalam live nampak lain dan bila sampai nampak lain dan aku memang tak pernah pakai langsung.

Jeans Shahid

Jenama no pun dah tutup di Malaysia, dulu selalu beli blaus dan seluar kat TopGirl di Semua House. Masa tu tak ada lagi jual online² ni dan nak cari plus size pun susah so memang beli kat sini je lah.

Bulan September hari tu kot dorang announced nak tutup kedai.

Batik Raifili tu aku beli online RM10 

Macam² jenis anak tudung, banyak yang aku pakai tak selesa

T-shirt dan kain pelekat Abah.

Ada dua pasang sebab yang mula² aku complain ada koyak dan seller ganti baru 

Baju kaftan yang aku menang giveaway. Dulu adalah aku buat sebab ikut adik. Dia lagi gile buat giveaway dan dapat macam².



Buat untuk KA 

Sibuk nak pakai baju aku...aku ilatkan je  









 

No comments: