Thursday, 20 August 2026

30.7.26 (BHGN 1) - PHÚ QUÔQ ISLAND, HUJAN, AIRPORT, LONGAN KERING,AIR ASIA, TRANSIT,

Hujan lagi




Dapat oleh-oleh daripada driver. Buang mata kucing @ longan kering. Katanya ni makanan khas dari tempat asal dia.



Shahid tak lepas balik Malaysia

Minta jumpa staff Air ASIA dan staff perempuan ni cakap kena beli terus balik Bangladesh. Aku dan KA boleh terus ke KL tapi mamat ni tak nak. So kena beli tiket baru untuk semua Dari PHÚ QUÔQ ISLAND ni transit ke KL dan terbang ke Dhaka.

Masalah tourist visa dan bila apply kena reject dan dorang minta permit kerja. Shahid dan batalkan permit kerja dan di ke pulau ni pun sebagai pelancong juga tapi imigresen dorang minta permit kerja. Tak ke bangang namanya!!!

Dorang pun tak berapa fasih Inggeris so terus reject. Sudahlah masa kt KL kena tendang sana sini masa nak minta extend sebulan lagi.

Kita pergi seminggu awal. Mula² ke Imigresen Wangsa Maju, nombor habis. Esok pula suruh fotokopi boarding pass (nasib baik simpan lagi masa tu) dan staff yang nak boarding pass tu nama Khairiah. Esoknya pergi lagi pergi cakap tak boleh proses kat sini kena pergi Putrajaya sebab data entri Shahid tak ada dalam sistem.

Pergi Imigresen Putrajaya pula (Bhgn permit, visa dan pas), sorang staff perempuan kat kaunter cakap kena bayar denda RM3,000 masa nak keluar nanti atau semak kat KLIA sebab kata yang kat Wangsa Maju tu, data entri Shahid tak ada dalam sistem.

Lepas tu aku cakap mana saya nak tahu data tu ada ke tak, eh dia balas apa tau? Itu bukan masalah saya! Puan pilih nak pergi check kat KLIA ke bayar denda. Tu je jawapan dia dan terus dia berambus. 

Lepas tu beratur kat kaunter pertanyaan (staff nama Shikin) pula sebab rehat dorang tutup kaunter, dia cakap sekarang ada Naziran kita proses yang alamat Putrajaya dengan Cyberjaya sahaja. Pula!!!

Staff tu semak beritahu 25 Julai ni mesti keluar dari Malaysia tapi Shahid dah beli tiket nak ke Phù Quôc Island ni pada 23 Ogos. Beli pun sebab pegawai kat Wangsa Maju yang suruh beli tiket antara tarikh 24-25 Ogos sebab boleh dapat sambung sebulan. 

Lepas Putrajaya tu kita orang pergi ke KLIA 2. Ya Allah, ke hulu Hilir dengan naik turun grabdan bawa KA lagi. Mujurlah dia tak meragam.  Polis kat KLIA 2 beritahu bukan dekat situ, kena pergi Airport Management Centre (AMC).

Call driver yang hantar ke KLIA tadi, mujurlah dia masih ada dekat area situ. Minta dia datang dab bawa ke AMC dan dia caj RM10 sebab kena pusing balik kan.

Pagawai AMC (Pn.Syaza) cakap memang tak ada data entri Shahid. Masalah kat pegawai imigresen yang bagi cop masuk hari tu. Sama ada dia lupa key in atau dia tak settlekan sampai habis dan submit. Lagi satu

Pn.Syaza tu cakap sepatutnya bukan aku yang kena datang, pagawai kat Putrajaya tu yang kena e-mel dekat dorang utunl check cop masuk kat passport Shahid tu ori ke tak. 

Dia ada tinggalkan nombor telefon dekat aku dan cakap lain kali bila sampai KLIA boleh call dia dan dia boleh tolong semak nama Shahid dalam sistem untuk elak perkara ni terjadi lagi. Dia saranlan juga kalau boleh ambil flight hari bekerja sehingga pukul 5 sebab tu waktu opis dan dia boleh tolong.

Lepas tu pergi pula Imigresen Selangor kat Kompleks PKNS tu, nombor dah habis padahal dah hari Jumaat ni. Esok tutup. Jumpa pegawai kat Kaunter 7 masa tu minta bidu bicara dia lah lepas aku cerita masalah dari Wangsa Maju.

Jawapan dia senang je, puan datang je pagi² hari Isnin dan bayar denda overstay 3 hari. 

Bukan nak membantu padahal kalau nak tolong boleh je. Data entri tak ada bukan Salah aku kan. Kalau ada rekod overstay nanti nak apply Spouse Visa sangkutlajlh sebab dah tak ikut peraturan Imigresen Malaysia.

Sudahnya balik rumah dan berkemas packing apa yang patut. Nasib baik barang² KA aku dah beli bila tinggal sikit. Diapers, susu, snek, barang mandian dll.

Tarikh tiket pun kena tukar. Pegawai kat Wangsa Maju tu juga beritahu asal keluar dari Malaysia dah okay, boleh pergi mana² negara yang dekat. Sudahnya jadi masalah lain pula.

Transit ke KLIA dan kena terus ke Dhaka dan bawalah apa aja yang ada dalam bagasi tu. Memang tak bawa banyak barang lah jawabnya. Dua bagasi kecil je, satu barang KA dan satu lagi barang kita orang.






Pegawai Air Asia dan suruh beli tiket baru

Longan kering tadi tu aku bagi dekat dia, pandai² lah nak share ke apa. Aku was-was nak makan walaupun sekadar buah kering saja.
 












Makan nasi lemak dan Vietnam Ice Latte RM 12 kau!


Selamat mendarat ke KLIA 


















Malamnya terbang pula ke Dhaka. Lepas tu nanti dari sana kena naik bas 6-7 jam baru sampai Chittagong. Nanti kena ambil CNG untuk sampai ke rumah adik dia. Ya Allah , ujian apakah ini!
 

Lebih kurang pukul 8.30 malam kapal terbang berlepas dari KLIA ke Dhaka.








No comments: