Monday, 22 April 2024

BUB - MAC & APRIL 2024 - CERAMAH RAMADAN - SYAMSUL DEBAT, TAKLIMAT TENDER,NOTA PEDAS BOS BUB,KUIH RAYA,KEK KUKUS,PIN TUDUNG,REMPEYEK,KEK LAPIS SARAWAK,STAFF BUB & PERHIMPUNAN BULANAN


15.3.2024 - KALAU BULAN RAMADAN NI MEMANG AKU AKAN PERGI DENGAR CERAMAH WALAUPUN NAMA AKU TIADA DALAM SENARAI KHP CUMA KADANG KALA BERTINDIH DENGAN TAKLIMAT LAH, MESYUARAT SEBUT HARGA DAN TENDER LAH JADI SELALU TERLEPAS NAK DENGAR. 3-4 KALI SAHAJA SETAHUN SEPANJANG RAMADAN KAN!

15.3.2024 - PAGI SEMPAT JUGA DENGAR CERAMAH, PETANG ADA MESYUARAT TENDER DAN BUAT MASA NI MEMANG AKU YANG AKAN BUAT MINIT MESYUARAT SEBAB KAK YAM TAK NAK BUAT. MASA EN.ZUL DULU ADA JUGA AKU BERGILIR DENGAN DIA DAN SEBELUM TU KAK YAM PUN ADA BUAT JUGA (SEBELUM AKU JOIN BUB). PENGGANTI ARWAH EN.ARAFAT BELUM ADA KAN JADINYA AKULAH YANG KENA BUAT....IN SHA ALLAH AKU BOLEH JE BUAT....




18.3.2024 - PENDAFTARAN MARRIS DI BULAN RAMADAN, MEMANG RAMAILAH YANG HADIR DAN KITA ORANG MINTA BANTUAN BEBERAPA STAFF JABATAN HASIL @ KEWANGAN UNTUK MEMBANTU, MEMANG SETIAP TAHUN PUN MACAM TU DAN DIA ORANG AKAN DAPAT ELAUN SEBANYAK RM50 UNTUK SETIAP KALI HADIR MEMBANTU DAN SETIAP ORANG HANYA BOLEH CLAIM ELAUN TU 2 KALI SAHAJA DALAM SETAHUN. BIASANYA YANG AKAN TURUN IALAH KAKITANGAN KUMPULAN B


SENARAI KEHADIRAN YANG PERLI DISEMAK SEMULA DOKUMEN-DOKUMENNYA DAN DITANDA KEHADIRAN DI DALAM SISTEM ICOMM....HANYA AKU DENGAN KAK YAM BERDUA SAHAJA YANG BUAT DI SAMPING NAK BUAT PEMULANGAN DOKUMEN UNTUK MESYUARAT YANG BAHARU SAHAJA BERLALU DAN AKU PULA DITAMBAH DENGAN NAK BUAT MINIT MESYUARAT....3 IN 1 KAU! 

SEBELUM NI PUN MEMANG KITA ORANG YANG AKAN BUAT SEMUA KECUALI BUAT MINIT MESYUARAT YANG AKAN DIAMBIL ALIH OLEH PPT DAN KITA ORANG BOLEH FOKUS DENGAN TUGASAN YANG LAIN - WALAPUN BANYAK KERJA TAPI AKU SERONOK DAN GEMBIRA DAN SETIAP HARI TAK SABAR NAK DATANG KERJA....

21.3.2024 - DIKEJUTKAN DENGAN NOTA DARIPADA PN.MASTURA, AGAK KERAS BUNYINYA SEOLAH KITA ORANG TAK BUAT KERJA, LAMBAT BUAT KERJA DAN MERUNGUT. MERUNGUT TU ADA LAH SIKIT-SIKIT SEBAB TINGGAL KITA ORANG BERDUA SAJA YANG BUAT KERJA DAN IKLAN ASYIK MASUK BERTUBI-TUBI TANPA HENTI. SEKURANGNYA TANYALAH KITA ORANG DULU KAN BILA BOLEH IKLANKAN, NI TAHU-TAHU DAH E-MEL KAN AKU UNTUK IKLAN DALAM 3 LAMAN SESAWANG (AKU JUGA YANG BUAT SEBAB KAK YAM TAK TAHU)

BELI KUIH RAYA MASA HARI GAJI


BELI DARI ORANG YANG BERBEZA TAPI FLORENTINE TU RASA MACAM KENA TIPU SEBAB BAHAGIAN TENGAHNYA KOSONG!!! BANYAK RUANG LAGI, AKU BELI DALAM RM24 KE RM26 MACAM TU. SEBAB NAK MAKAN MAKA AKU BELI JUGALAH WALAUPUN AKU RASA MAHAL.

BELI BANYAK TERUS DAPAT BEG GUARDIAN NI. AKU BELI PERIA GORENG DAN KONGSI DENGAN KAK INA NORIZAN YANG KEBETULAN ADA DEKAT GERAI YANG SAMA. BELI 3 DAPAT MURAH SIKIT (RM15 KOT). AKU BELI SEBOTOL SAJA SEBAB NATI LAMA-LAMA TAK HABIS MAKAN.

MACAM-MACAM AKU BELI

KEK LAPIS SARAWAK  - NAK BUAT RASA-RASA SAJA

BELI JE LEBIH MAKANNYA KURANG, LEPAS TU SIMPAN SAMPAI NAK MASUK RAYA HAJI, KADANG TU BAWA KE DEEPAVALI TERUS!!!! HAHAHA.....


KEK KUKUS BUAH NI AKU BELI SEBAB MAK YANG SUKA MAKAN






BELI LAGI PIN TUDUNG - SEPASANG RM5 RASANYA

HAHAHA.....MEJA KUIH RAYA AKU TAHUN NI! UNTUK DIRI SENDIRI SAHAJA PUN SEBAB TAK ORANG YANG AKAN DATANG KAT RUMAH AKU WALAPUN ADIK BERADIK DAN MAK AKU, DIA ORANG TAK KAN DATANG PUN LAGI PUN HANYA IQA,IMAN (ANAK BUAH) DAN ADIK AKU SAHAJA YANG TAHU AKU TINGGAL DEKAT MANA....


SETIAP TAHUN AKU AKAN BELI KUAH PECAL NI DARIPADA KAK AYU (JUU).....DULU RM15 SAJA DAN DAH NAIK HARGA. BANCUH DENGAN AIR PANAS SAHAJA....SELALUNYA BERTAHAN UNTUK RAMADAN YANG BERIKUTNYA.


BELI REMPEYEK DENGAN HANIS PK DAN MEMANG SELALU BELI DENGAN DIA. ORANG BERBISNES MEMANG AKAN KURANGKAN KUANTITI BAHAN DAN NAIKKAN HARGA SELEPAS SETAHUN DUA. DULU MASA AWAL-AWAL DIA JUAL, BANYAK KACANG TANAHNYA DAN SEKARANG KALAU NAK KACANG LEBIH MAKA DUITNYA PUN LEBIH JUGA.

KACANG TANAH DAN KACANG DHAL DAN SEPEKET NAK BAGI KAK LONG

8.4.2024 - KARPET NI ASYIK TERCABUT JADI AKU TAMPAL SENDIRI BILA DATANG OPIS PAGI-PAGI...


BUAT NOMBOR UNTUK MARRIS POKOK TAK LAMA LAGI UNTUK PENDAFTARAN NANTI. SIAPA YANG TAK PULANGKAN NOMBOR KEPADA URUS SETIA AKAN DIANGGAP TIDAK HADIR TAKLIMAT JADI TAK DITANDA KEHADIRAN DALAM ICOMM DAN AKHIRNYA TAK BOLEH BELI DOKUMEN.

INI LANGKAH NAK ELAKKAN YANG HADIR TU TERUS HILANG @ LARI SELEPAS PENDAFTARAN DAN TAK DENGAR TAKLIMAT. KADANAG TU SYARIKAT BAHARU DAN ADA JUGA OTAI-OTAI YANG RASA TAK NAK DENGAR TAKLIMAT SEBAB ULANG BENDA YANG SAMA KAN TAPI NAK @ TIDAK MEMANG KENA DENGAR.


2.4.2024 - PERBINCANGAN UNTUK ANJURKAN PERHIMPUAN BULANAN  ANJURAN BUB SELEPAS RAYA NANTI

No comments: