BILA MENGEMAS TU ADA BARANG YANG AKU TAK NAK SIMPAN LAGI SEBAB ADA YANG TAK GUNA PUN SAMA ADA AKU DAPAT, BELI SENDIRI @ DAPAT HADIAH. ADA YANG DAH BERPULUH TAHUN PUN ADA.
JADI MASA KEMAS TU AKU ASINGKAN MANA YANG NAK SIMPAN, NAK BUANG, NAK DERMA DAN NAK JUAL KEPADA FAMILI AKU.
MACAM IQA DAN ADIK AKU KAN ADA ANAK MURID SEBAB MASING-MASING MENGAJAR DAN ADIK AKU SELALU BAGI HADIAH KAT PELAJAR DIA TAPI DIA ORANG TAK MEMBANTU PUN...
IQA LANGSUNG TAK BELI BILA DITANYA NAK TENGOK-TENGOK DULU (MEMANG TAK NAK BELILAH TU) DAN ADIK BELI 2-3 BARANG SAHAJA. IMAN YANG BANYAK BELI.
|
NI NURUL NUHA PUNYA = RM3 SAHAJA |
NURUL BELI DOMPET LOVE & BINTANG SERTA TEMPAT GANTUNG TELEFON BEAR (NI TERTINGGAL MASA SNAP) = RM1 SATU
YANG LAIN TU AKU BAGI PERCUMA SAHAJA KEADA SIAPA YANG NAK, SIAPA CEPAT DIA DAPAT.
BEG ERA, BUKU NOTA & PENUTUP MATA TU UNTUK NUHA DAN PEMADAM TU NURUL YANG CLAIM HARI TU
|
PEMADAM NAMA AKU - REHANZ |
|
NI PULA ADIK BELI = RM7 SAHAJA |
PEMBARIS TU RM1/SATU
EARPHONES RM2 (AKU TAK RETI PAKAI)
MAINAN RM3 UNTUK SEMUANYA (7 BUAH)
MAINAN TU BOLEH BERGERAK KALAU DIPUSINGKAN
|
NI AKU BAGI SAHAJA DEKAT ADIK, TERPULANG DIA NAK BAGI KEPADA SIAPA SEBAB DAH LAMA AKU TAK PAKAI BROOCH-BROOCH NI |
|
NI IMAN DAN KAK LONG YANG BELI, SEMUANYA RM42 |
JAM LOCENG HIJAU = PERCUMA
BUKU NOTA DINASOUR (BELI KAT PETROSAINS DULU) = PERCUMA
GELANG TANGAN MEKAH & GELANG KAKI = PERCUMA (KAK LONG YANG NAK)
BUKU NOTA BLACK CAT = PERCUMA (UNTUK DAMIA SEBAB NUHA PUN DAPAT SATU, KENA ADIL KAN)
BEKAS PENSEL MINNIE = RM1
BOTOL AIR KUNGFU PANDA = RM5
BOX DIY BIRU = RM5
IKAT RAMBUT 1 PEKET BESAR = RM4
ALBUM LOVE & BERRY 3X = RM25 (BELI 1 RM10 SO KALAU 3 JADI RM25 JE)
TEMPAT GANTUNG TELEFON ARNAB = RM1
KIPAS TANGAN MEOW = RM1
|
AKU KIRIM GUNA GRAB EXPRESS SEBAB KEBETULAN NAK BAGI LAUK SIKIT KAT MAK DAN ADIK, JADI HANTAR JE LAH SEKALI KAN |
|
T-SHIRT SHAHID YANG AKU BELIKAN (DIA TAK SUKA FABRIKNYA) BAGI KAT UDIE DAN BAJU TIDUR YANG AKU BELI DARIPADA ADIK (AKU PAKAI LONGGAR SANGAT), AKU BAGI DEKAT KAK LONG. DRESS TIDUR BAHARU 2 HELAI YANG AKU BELIKAN UNTUK KAK LONG KAN DAH HILANG MASA KITA ORANG JUMPA DI TIMES SQUARE! ADA IQA, ZUBAIR, NURUL, NUHA, ADIK MAK SEKALI, PUN BOLEH HILANG.... |
5.12.2023
|
SAMBUNG KEMAS BARANG LAGI - ADA KAD UCAPAN, GAMBAR, STICKERS, NOTA (CETUSAN IDEA), KAD KALORI DAN PELEKAT DARIPADA PERHIMPUNAN BULANAN & POTONGAN UNTUK PENANDA BUKU |
|
BARANG KEPERLUAN KALAU PERGI MANA-MANA - SEMUA AKU NAK BAWA KAN! |
|
KAD NAMA PENJUAL BUKU CERITA KANAK-KANAK YANG SELALU AKU BELI MASA JUALAN BUKU, SYARIKAT JAYA BAKTI (RM1 = SEBUAH & ADA 10 BUAH BUKU CERITA) & WAKIL KARNADYA PUBLISHING (DULU KARNADYA SOLUTIONS) |
|
GAMBAR NI SEMUA AKU TAMPAL DEKAT ALMARI BUKU + ALMARI BROOCH & MINYAK WANGI AKU DULU DI BILIK KECIL RUMAH FAMILI AKU. ALMARI TU PUN DAH DIBUANG SEBAB DAH ROSAK (ALMARI HABUK PAPAN NAMANYA SEBAB BUKAN DARI KAYU YANG KUKUH SEPERTIKAYU JATI, MERANTI, CENGAL DLL TU) - ALMARI MURAH JE PUN SESUAI LAH DENGAN BAJET YANG CIPUT KAN!
DARI KIRI: 1. JUBAH UNGU = MASA PERGI RAYA RUMAH MAK TOK DI KG.MELAYU AMPANG (ABAH ADA LAGI MASA NI). AKU NAMPAK KURUS KAN!
2. AKU & FAZLEY - DI MPR 2002, DIA DATANG BAGI CERAMAH MOTIVASI
3. BAWAH GAMBAR FAZLEY = AKU DENGAN FAISAL TEHRANI = PENULIS BUKU, FASILITATOR UNTUK MPR 2002 NI, MASA NI MALAM TERAKHIR PROGRAM KITA ORANG YANG MANA PARA PESERTA KENA BUAT PERSEMBAHAN SEBAB ESOK PAGI DAH NAK BALI. SEMINGGU PROGRAM NI BERLANGSUNG DI WISMA BELIA, KL
4. BLAUS PINK = AKU DI PBAKL 2007 RASANYA (KALAU BETUL TARIKH KAT KAMERA TU LAH)
5. BLAUS KUNING DENGAN FAZLEY = DI PBAKL YANG MANA DIA TENGAH PROMOSIKAN KAMUS ELEKTRONIK RASANYA
6. MAK DAN ABAH - NI KAT BAGAN LALANG RASANYA
7. AKU DAN PELAMPUNG - PERGI DESA WATER PARK DENGAN FAMILI AKU - SEKARANG TEMPAT NI PUN DAH DITUTUP (SEBELUM COVID-19 RASANYA LAGI). KITA ORANG MANDI-MANDA, ABAH AKU TUKANG JAGA BARANG KITA ORANG |
|
MASA NI TAK TAHU LAGI TAK BOLEH MANDI KOLAM SECARA TERBUKA UNTUK PEREMPUAN WALAUPUN KITA BERTUDUNG SEBAB BILA BASAH, MELEKAT SEMUANYA |
|
DAPAT KAD UCAPAN DARIPADA PN.MAHERAN BILA AKU BAGI HADIAH HARI GURU KAT CIKGU SEKOLAH AKU. AKU TERKEJUT JUGA BILA CIKGU AKU BAGI BALASAN HADIAH BALIK DEKAT AKU.
ADA SEKALI TU AKU DAPAT BEKAS LETAK PENSEL DAN ADA KERANG-KERANGAN (WARNA UNGU LAGI TU) DAN ADA SEKALI TU AKU DAPAT TELEKUNG BUNGA BIRU DAN MASA CIKGU AKU PERGI UMRAH, DIA POSKAN DUA HELAI SEJADAH MINI UNTUK AKU DAN SATU AKU BAGI DEKAT ADIK AKU SEBAB PN.MAREHAN PUN PERNAH AJAR ADIK AKU.
YANG MENARIKNYA CIKGU MAHERAN BALAS GUNA KAD DENGAN WARNA DAN CORAK YANG SAMA, WARNA PINK....HEHEHE
P/S# GAMBAR AKU DENGAN HIDAYAH SWW SAJA AKU TAMPAL DEKAT SITU SEBAB KAD-KAD NI PUN AKU TAMPAL DEKAT ALMARI BUKU AKU DULU. |
|
SETIAP KALI AKU KEMAS BARANG, AKU AKAN BUAT NOTA DALAM KOTAK 1) ADA APA, KOTAK 2) ADA APA DAN SETIAP TAHUN KEMAS KAN, ADA YANG DITAMBAH DAN DIBUANG MAKA SETIAP ITULAH AKU AKAN BUAT NOTA SEBAB NANTI SENANG NAK CARI - MAKLUMLAH BARANG AKU KAN BANYAK. BUKU-BUKU JE DAH BERAPA KOTAK KAN! |
|
KAD KALORI YANG AKU DAPAT MASA PERGI PERHIMPUNAN BULANAN PBK RASANYA (SEKARANG DAH PECAH KEPADA 2 JABATAN IAITU KAS & PSP) |
|
ADA GAMBAR AKU YANG KONON NAK BUAT MACAM RANTING POKOK DAN LAMINATE, SETEM LAGI, TAGGING UNTUK OPIS DAN GAMBAR UNTUK MEWARNA |
|
SETEM BAHARU YANG TAK DIGUNAKAN LAGI |
|
LAGI GAMBAR KENANGAN AKU |
|
DARI ATAS KIRI: ZEENATH KAHWIN, RAYA DI RUMAH MAMU & MAMI, AKU DI PBAKL 2012 (SESI BERSAMA PENULIS) & BERGAMBAR DI TERATAK RUMAH MAMU (RAYA YANG SAMA)
BAWAH KIRI: AKU DENGAN KAK LINDA PERGI TIMES SQUARE (BUKAN WAKTU KERJA YER), GAMBAR FAMILI MASA RAYA (BUKAN RAYA TERAKHIR CUMA GAMBAR TERAKHIR SATU FAMILI TAPI KAK LONG TAK ADA SEBAB DIA DATANG LAMBAT, KITA ORANG DAH BUKA BAJU RAYA & MUHAMMAD MASA KECIL DENGAN BUKU CERITA AKU, NOHIN
BAWAH SEKALI TU KAD DARI SYHIDA RASANYA (DIA BELAJAR KAT U) |
|
AKU TAK SUKA KAIN NI SEBAB KAIN COTTON DAN MELEKAT-LEKAT BILA PAKAI |
|
DIA ORANG BUAT NI MASA PROGRAM 5S DI JPB |
|
MUKA BUDAK DAN COMEL KAN! MASA NI AKU 20-AN LAGI |
|
BOLEH BERDIRI MACAM NI...PROGRAM 5S (SEKARANG PANGGIL EKSA) NI SEMUANYA KENA TAGGING DARIPADA SEBESAR-BESAR BENDA SAMPAI LAH SEKECIL-KECIL BENDA TAPI MASALAH KALAU ADA AUDIT KESELAMATAN PULA, DIA ORANG TAK BAGI TAGGING. TAK KE PENING KEPADA KALAU MACAM??? SATU SURUH TAGGING & SATU LAGI TAK BAGI TANGGING PULA!!!! |
No comments:
Post a Comment