ASALNYA ADIK AJAK PERGI TIMES SQUARE MINGGU NI DAN KITA ORANG PUN OKEY JE AH TAPI SAMPAI HARI SABTU DIA TAK CAKAP APA PUN, JADI KE TIDAK NAK PERGI. SUDAHNYA AKU MESEJ DAN TELEFON DIA, DIA CAKAP TAK JADI NAK PERGI.
KITA ORANG MEMANG PLAN NAK KELUAR MINGGU NI SEBAB NAK CARI KASUT EN.S, NAK PAKAI DI MAJLIS KAHWIN IQA NANTI (KASUT LAMA DIA DAH BERLUBANG), JADI MENANG NAK KELUAR JUGALAH MINGGU NI. LEPAS TU KITA ORANG PLAN NAK PERGI TQ JUGA DAN LEPAS TU AKU CAKAP KAT KENANGA PUN ADA JUGA JUAL KASUT & SELUAR JEAN. LEPAS TU DIA CAKAP BOLEH JE LAH PERGI KENANGA.
JADINYA KITA ORANG PUN PERGILAH KE KENANGA DAN MULA-MULA CARI JEANS DIA DULU. ADA JUMPA SATU KEDAI NI, KECIL JE KEDAI TU. DIA JUAL RM100 UNTUK 3 HELAI BOLEH CAMPUR SELUAR JEANS KE DOCKERS KE, T-SHIRT KE DAN EN.S PUN PILIHLAH MANA YANG DIA BERKENAN SEBAB DIA CEREWET DALAM BAB PILIH FABRIK NI. AKU IKUT SAHAJA. LEPAS DAH PILIH DAN CUBA DAN DIA OKAY, KITA ORANG PUN BAYAR DAN JALAN-JALAN LAGI.
DAH PUKUL 12 LEBIH KITA ORANG NAIK KE TINGKAT 7 UNTUK MAKAN TENGAH HARI DULU SEBELUM SAMBUNG JALAN-JALAN LAGI. SAMBIL MATA AKU TENGOK-TENGOK JUGA KALAU ADA BAJU BERCORAK BATIK KAN, BOLEH AKU BELI SEKALI!
LEPAS DAH BELI SEMUA YANG DIPERLUKAN, JALAN-JALAN JUMPA KIOSK JUAL WAFFLE, EN.S TANYA AKU NAK BELI TAK SEBAB HARI TU AKU NAK BELI DEKAT FOOD PANDA TAP CAJ PENGHANTARAN DIA MAHAL, DEKAT RM6 KOT! SELALU RM3 JE JADINYA AKU TAK BELI LAH. AKU CAKAP BOLEH JE DAN DIA CAKAP MAKAN DEKAT SINI JE LAH. MEMANG ADA MEJA DAN BANGKU DAN KEBETULAN KOSONG. LEPAS DAH SIAP ORDER KITA ORANG, MAKAN DULU DAN LEAS TU BAHARU GERAK BALIK RUMAH.
|
No comments:
Post a Comment