12.8.2023 - MAK TELEFON BERITAHU PAHAR YANG GUNA UNTUK HANTARAN BANYAK YANG DAH KARAT SEBAB TAK ADA SIAPA YANG NAK BERSIHKAN. SETIAP TAHUN AKU YANG AKAN BERSIHKAN WALAUPUN SEKADAR LAP DENGAN AIR BERSIH (MENJELANG RAMADAN SETIAP TAHUN DI RUMAH LAMA) & ABAH GUNA UBAT KHAS UNTUK BERSIHKAN PAHAR. ADA 'JANTAN' SEKOR DALAM RUMAH PUN PEMALAS TAHAP GABAN, MAKAN TIDUR JE KERJANYA!
LAGI PULA SEKARANG NI ORANG DAH TAK PAKAI DULANG PAHAR NI LAGI. SEKARANG ZAMAN MODEN, ORANG PAKAI BAKUL DAN LAIN-LAIN. AKU NAK SIMPANKAN DAH TAK ADA TEMPAT, BANYAK KOT PAHAR TU SEBAB ABAH AKAN BUATKAN NOMBOR DI BELAKANG SETIAP TAPAK PAHAR TU (CUMA YANG BAHARU BELI TAK ADA NOMBOR).
ADA 24 PAHAR TAK TERMASUK DULANG PAHAR YANG BAHARU DAN 2 DULANG YANG TIADA TAPAK (MEMANG JENIS MACAM TU). MAK CAKAP AK TUMPANG SIMPAN KAT RUMAH AKU TAPI AKU CAKAP RUMAH AKU PUN DAH BANYAK BARANG. ARANG ABAH, ALAS MEJA MAK PUN DAH TUMPANG KAT SINI DAN BARANG AKU PUN BANYAK JUGA TERUTAMANYA BUKU-BUKU DAN MAJALAH.
MAK CAKAP NAK JUAL SAHAJA KAT TEMPAT KITAR SEMUA SEBAB TU KAN TEMBAGA (BELI MASA ABAH IKUT ROMBONGAN KE KELANTAN DAN TERENGGANU) DAN ADA HARGANYA KALAU DIJUAL. AKU SURH MAK SIMPAN SATU @ DUA YANG MASIH ELOK. MAK CAKAP MAK SIMPAN YANG DULANG TIADA TAPAK TU (2 BIJI) DAN YANG LAIN TU MAK JUAL...AKU SAYANG SEBAB BENDA TU PENINGGALAN ABAH TAPI KALAU SEMUA BAANG ABAH AKU YANG NAK JAGA, PAYAH JUGA KAN.
JADINYA MAK MINTA TOLONG DIA JUALKAN DAN DAPAT RM70. DUA LAGI TU AKU SURUH MAK SIMPAN ELOK-ELOK, MANA TAHU NANTI AKU AKAN AMBIL DAN SIMPAN SENDIRI. |
No comments:
Post a Comment