Sunday, 23 April 2023

RAMADAN & RAYA - MALAM RAYA DI BLACK CANYON (21.4.2023), SHOPPING BAJU RAYA (8.4.2023) & VIDEO RAYA SHAHID

MALAM RAYA AKU DAN SHAHID BERBUKA PUASA DENGAN MAK DAN ADIK DI AEON TAMAN MALURI. AKU BELANJA DIA ORANG MAKAN DAN MAK NAK MAKAN DI BLACK CANYON (AKU PUN TERINGIN NAK MAKAN DI SANA).

SAMPAI SANA ADIK CAKAP DIA NA SOLAT DULU TAPI AKU CAKAP MAKAN DULU. MASA TU KITA ORANG MENJEJAKI MAK DAN ADIK DI DIY SEBAB DIA ORANG DAH SAMPAI DULU TAPI KEMUDIAN DIA BERUBAH FIKIRAN DAN NAK MAKAN DULU TAPI TEMPAT MAKAN PENUH DI BLACK CANYON. KENA TUNGGU DAN SUDAHNYA KITA ORANG PERGI SOLAT DULU DAN LEPAS TU BAHARU PERGI MAKAN. NASIB JUGALAH ADA BAWA AIR MINERAL SIAP-SIAP KAN!

ICE CHOCOLATE (AKU), AIR BERRY KE APA ENTAH (ADIK), LIME ICE (SHAHID) DAN MAK NAK AIS KOSONG SAHAJA








MACAM COMEL JE KAN!!!! HAHAHAHA....





SEMUA DAH KELAPARAN DAN SATU LAUK LAGI BELUM SAMPAI IAITU THAI GREEN CURRY. KITA ORANG DAH MAKAN DULU TAPI MAKAN PERLAHAN-LAHAN JUGA SEBAB NAK TUNGGU KARI HIJAU TU SAMPAI

BERSELERA MAK DAN ADIK MAKAN

LEPAS MAKAN SINGGAH KE PASAR RAYA DIA ORANG DAN NAK HABISKAN VOUCHER YANG AKU DAPAT MASA BELI BAJU RAYA HARI TU IAITU SEBANYAK RM50 (LAGI RM10 AKU DAH BAGI ADIK AKU) DAN AKU BELI BUAH-BUAH DI SANA DAN LEPAS TI KITA ORANG  BERPISAH DAN PULANG KE RUMAH MASING-MASING.

BELI BAJU RAYA DAN ADA BAJU ADIK AKU DUA HELAI

NAK DAPATKAN TOTE BAG SECARA PERCUMA DAN AKU DAH CUBA 3 KALI TAPI MASIH TIDAK BERJAYA DAN SUDAHNYA AKU BIARKAN SAHAJA. BILA BUAT ASYIK TAK LEPAS SAHAJA PADAHAL AKU DAH BAGI APA YANG DIA NAK, RESIT SEMUA AKU DAH BAGI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SHAHID BUAT VIDEO NI....

No comments: