Tuesday 3 January 2023

SHAHID - PERTAMA KALI JUMPA DI TIMES SQUARE (27.11.2022) & WAKANDA FOREVER

TENGOK WAYANG CERITA WAKANDA FOREVER. AKU TAK TAHULAH DIA SUKA KE TIDAK TENGOK FILEM NI TAPI AKU AJAK JE







COMEL TAK?

DAH SAMPAI TQ - BERDEBAR HATI SAAT PERTAMA KALI NAK BERJUMPA

DIA DAH SAMPAI DULU DAN TUNGGU AKU DEKAT TINGKAT SATU...HIHIHI

Janji nak datang pukul 12 tapi macam biasalah aku yang terlambat sebab nak dapatkan e-hailing (Grab @ Indriver) tu susah kalau hujung minggu. Dia dah tunggu aku kat tingkat satu. Mungkin dia nak ushar dari jauh siapa yang datang. Bila dah sampai tu aku cari juga dia dekat lobi tapi bila dah tak nampak tu aku mesej dia. 

Dia tanya aku pakai baju apa dan dia kata dia dah nampak aku dan suruh aku naik ke tingkat 1. Aku pun naiklah dan rasa berdebar bila nak jumpa tu kan! Sudahlah dia cakap orang putih kan. Tergeliat lidah aku nanti nak cakap Inggeris dengan dia.

Bila sampai tu dia senyum kat aku dan aku pun balas balik lah kan! Dia cakap, "You cakap you lagi tinggi daripada saya tapi tengok, saya lagi tinggi." Aku tergelak lah sebab aku cakap tinggi aku 156cm dan dia pun tak beritahu aku tinggi dia berapa kan. 

Lepas tu kita orang pergi tengok wayang cerita Wakanda Forever kat GSC tu.


Sementara nak tunggu waktu tayangan tu (lebih kurang 5 minit) kita orang jalan-jalan dulu dan kebetulan aku nak cari beg tangan untuk pergi majlis kahwin Mamu bulan 12 nanti. Beli dekat Panda Eyes sahaja dan kebetulan jumpa yang aku berkenan tapi sebelum tu aku video call dulu penasihat aku (Adik aku lah!) untuk minta pendapat dia. Lepas beli tu kita orang pergi balik ke GSC sebab dah nak dekat waktu tayangan.

Masa dalam wayang tu aku tengok dia macam tak senang duduk. Dalam satu jam tu okaylah dan lepas tu dia kejap-kejap tukar posisi duduk. Dalam hati aku berkata, Dah kenapa dengan dia ni. Tak boleh duduk elok-elok ke?" Hahahaha....

Lepas habis tengok wayang kita orang jalan-jalan dan jumpa bangku untuk duduk kat tingkat satu.

KITA ORANG DUDUK DEKAT BANGKU MENGHADAP JUALAN DI BAHAGIAN BAWAH NI.

BANYAK BENDA YANG DIBUALKAN DAN AKU RASA SELESA BILA DENGAN DIA - RASA MACAM DAH KENAL LAMA SAHAJA. GAMBAR NI AKU AMBIL MASA DIA NAK PERGI TANDAS UNTUK CUCI TANGAN





SINGGAH MAKAN DEKAT MEDAN SELERA DI SANA TAPI AKU TAK NAK MAKAN SEBAB DAH BELI SUSHI - DIA SAJA ANG MAAN AN KENA RM36 UNTUK LAUK DALAM GAMBAR NI

AKU NAK MAKAN KAT RUMAH

MASA NI TENGAH TUNGGU GRAB - NAK BALIK DAH

SEBELUM GI MAKAN AKU SINGGAH BELI KASUT SARUNG UNTUK PAKAI DEKAT OPIS

Dua kali aku cuba kasut tu dan nampak okey tapi bila nak pakai untuk pergi kerja jadi ketat kat ibu jari sebelah kiri sama macam kasut yang dibeli seseorang untuk aku dekat Bata, Aeon Taman Maluri dulu. Nasib baik kasut tu Kak Yam dah beli, tak kan yang ni pun aku nak jual dekat Kak Yam kan!

Mula-mula cuba saiz 8 dan jalan-jalan tapi rasa longgar sangat dan cuba saiz 7 pula dan nampak okau je. Dah bayar aku cakap dengan Shahid aku nak cuba lagi sekali sebab tak nak salah pilih saiz dan aku cuba jalan-jalan dekat situ dan rasa selesa sahaja. Mana nak tahu bila bawa balik nak pakai jadi ketat dan sakit dekat ibu jari tu.

Tapi aku pakai juga dekat opis kalau ada mesyuarat ke dan masa hantar kasut sarung yang sedia ada untuk dibaiki tapi rasa sakitlah. Tak boleh pakai untuk tempoh yang lama. Nak jual dengan Iqa (anak buah aku) pun saiz dia lagi besar sebab kasut ang dulu pun dia tak muat nak pakai.

MASA NI TAK TAHU BOLEH BERTEMU LAGI KE TIDAK KAN!

TEMPAT BAHARU UNTUK E-HAILING AMBIL DAN TURUNKAN PENUMPANG - SAMA TINGKAT DENGAN TEMPAT BELI SUSHI & MEDAN SELERA KAT TS (AKU TAHU PUN SEBAB PEMANDU GRAB YANG HANTAR AKU TADI YANG BERITAHU - NAMPAK KAN DAH LAMA SANGAT TAK PERGI TS!)



BELI BEG TANGAN NI



SHAHID BELI MASA NAK TENGOK WAYANG TAPI AKU TAK MAKAN PUN, BAWA BALIK RUMAH!

DIA SWAFOTO BILA DAH SAMPAI






DIA HANTAR GAMBAR NI SEBAB DIA PERTAMA KALI KE TS!

No comments: