Demam dan akhirnya aku rebah. Aku cuba bertahan sebab 8.4.2022 tu ada Mesyuarat Tender dan Sebut Harga (asalnya 7.4.2022 tapi ditangguhkan pula sampai kelam kabut aku dengan Kak Yam dibuatnya). Sudahnya hari Jumaat tu aku EL dan aku tidur kat bilik kecil sebab takut kan.
Sudahnya aku tak puasa dua hari dan pada 9.4.2022 aku buat Covid Test. Alhamdulillah negatif. Makan pun tak ada selera dan pada 11.4.2022 baharu aku pergi klinik sebab nak dapatkan cuti sakit MC. Mana boleh cuti kecemasan (EL) lama-lama dan memang aku demam kan, dapatlah MC tu dua hari.
Aku pergi Klinik Fauziah sebab memang daripada dulu lagi pergi sana dan ada semua rekod perubatan aku dan famili tapi semenjak dua menjak ni staff klinik tu buat hal. Dia orang tak masukkan invois bayaran dalam sistem dan pihak Majlis tak dapatlah ak buat bayaran kat klinik dia orang kan! Lepas tu cakap MPAJ tak nak bayar padahal kau orang yang tak 'key in' jadi nak bayar macam mana dan benda ni menyusahkan aku sebab aku dan famili selalu pergi klinik tu untuk jumpa doktor @ ambil ubat bila demam.
Kata Kak Azza (staff KHP yang uruskan bahagian Klinik Panel) cakap sebelum ni Klinik Fauziah cawangan lain yang akan 'key in' kan bagi pihak Klinik Fauziah cawangan Kg.Pandan ni dan sekarang dah berpecah. Kena masing-masing buatlah kan!
Masa pergi klinik ni pun aku kena bayar dulu dan kemudian 'claim' semula, itupun kalau dapat. Kita dah biasa pergi situ kan dan kalau nak tukar klinik lain takut tak serasi macam aku pergi kat Klinik Kita tu. Ubat lebih kurang saja aku rasa...tapi tak tahulah.
KALI PERTAMA BUAT SENDIRI |
NI BUKAN PREGNANCY TEST TAU...YANG TU BELUM LAGI...HAHAHA |
TENGOK RANCANGAN KOREA - I LIVE ALONE |
GAGAHKAN DIRI UNTUK MASAK SEBAB TAKUT SAYUR BUNCIS NI ROSAK - SAYUR BUNCIS GORENG, TELUR DADAR DENGAN UDANG GORENG KUNYIT JE... |
11.4.2022 - ALHAMDULILLAH DAH BERANSUR PULIH |
No comments:
Post a Comment