Saturday 23 April 2022

UB 2022 - BHGN 4 - BAJU BAYI, JOM BACA, SWAFOTO, TADIKA, LAMPU

23.3.2022 - BOS LETAK KAT STATUS WA DIA, TERIMA KASIH PADA YANG MEMBERI. AKU DENGAN KAK YAM YANG BAGI MASA AIN & THE GANG MELAWAT BOS YANG BARU MELAHIRKAN MUHAMMAD FATEH....DAPAT JUGA LELAKI!


21.4.2022 - PROGRAM JOM BACA 10 MINIT - BUAT SYARAT JE TENGOK BUKU SEMUA NI...HAHAHA

KENA HANTAR GAMBAR DEKAT GRUP ADMIN CC NANTI














GAMBAR MASA AKU TADIKA







HAI MAMBANG, KAU MAIN LAMPU KE MAMBANG!!!

Friday 15 April 2022

10.4.2022 - DEMAM DI BULAN PUASA (COVID TEST) & BILA AKU MASAK

Demam dan akhirnya aku rebah. Aku cuba bertahan sebab 8.4.2022 tu ada Mesyuarat Tender dan Sebut Harga (asalnya 7.4.2022 tapi ditangguhkan pula sampai kelam kabut aku dengan Kak Yam dibuatnya). Sudahnya hari Jumaat tu aku EL dan aku tidur kat bilik kecil sebab takut kan.

Sudahnya aku tak puasa dua hari dan pada 9.4.2022 aku buat Covid Test. Alhamdulillah negatif. Makan pun tak ada selera dan pada 11.4.2022 baharu aku pergi klinik sebab nak dapatkan cuti sakit MC. Mana boleh cuti kecemasan (EL) lama-lama dan memang aku demam kan, dapatlah MC tu dua hari.

Aku pergi Klinik Fauziah sebab memang daripada dulu lagi pergi sana dan ada semua rekod perubatan aku dan famili tapi semenjak dua menjak ni staff klinik tu buat hal. Dia orang tak masukkan invois bayaran dalam sistem dan pihak Majlis tak dapatlah ak buat bayaran kat klinik dia orang kan! Lepas tu cakap MPAJ tak nak bayar padahal kau orang yang tak 'key in' jadi nak bayar macam mana dan benda ni menyusahkan aku sebab aku dan famili selalu pergi klinik tu untuk jumpa doktor @ ambil ubat bila demam.

Kata Kak Azza (staff KHP yang uruskan bahagian Klinik Panel) cakap sebelum ni Klinik Fauziah cawangan lain yang akan 'key in' kan bagi pihak Klinik Fauziah cawangan Kg.Pandan ni dan sekarang dah berpecah. Kena masing-masing buatlah kan! 

Masa pergi klinik ni pun aku kena bayar dulu dan kemudian 'claim' semula, itupun kalau dapat. Kita dah biasa pergi situ kan dan kalau nak tukar klinik lain takut tak serasi macam aku pergi kat Klinik Kita tu. Ubat lebih kurang saja aku rasa...tapi tak tahulah.

KALI PERTAMA BUAT SENDIRI

NI BUKAN PREGNANCY TEST TAU...YANG TU BELUM LAGI...HAHAHA

TENGOK RANCANGAN KOREA - I LIVE ALONE

GAGAHKAN DIRI UNTUK MASAK SEBAB TAKUT SAYUR BUNCIS NI ROSAK - SAYUR BUNCIS GORENG, TELUR DADAR DENGAN UDANG GORENG KUNYIT JE...


11.4.2022 - AKU HANTAR BUKTI BERGAMBAR DEKAT ANIS (KAWAN FB AKU DARI BANGLADESH) YANG AKU DAH PERGI KLINIK SEBAB DIA JE YANG RAJIN TANYA PASAL DEMAM AKU NI. DAH MAKAN? DAH MAKAN UBAT? DLL SEBAB MR.A TANYA SEKALI JE DAN DIA SURUH AKU PERGI KLINIK (BUKAN NAK BAWA AKU KAN!) DAN JUMPA DOKTOR. AKU SAJA AJAK ANIS TEMAN AKU DAN LAJU JE DIA JAWAB BILA NAK DIA TEMANKAN AKU, LEPAS TU AKU CAKAP TAK APALAH LAGI PUN DIA DUDUK JAUH KAN (MASJID JAMEK & BANGSAR) TAK KAN NAK NAIK GRAB DATANG SINI SEBAB AKU KAN! INSYA ALLAH AKU BOLEH PERGI SENDIRI (NI AKU SURUH A.ALI TOLONG HANTARKAN AKU).

11.4.2022 - ALHAMDULILLAH DAH BERANSUR PULIH