Friday 20 August 2021

BUB 2021 - PEMAKLUMAN TUTUP TENDER,KAUNTER DAFTAR,TUTUP PETI,BUKA PETI & DOKUMEN BERBAHAYA

Ni makluman dalam laman sesawang MPAJ

Ni Ain kot kot yang ambil gambar kita orang - tengok pintu pun kita orang buka kecil sahaja sebab tak bagi ramai-ramai sekali daftar.

Ni untuk kerja-kerja MARRIS sebab tu beratur panjang sampai kena tegur dengan En.Azhar dari Jabatan PPH. Itukan tugas pengawal keselamatan untuk kawal orang keluar masuk dalam lobi MPAJ. Tak kan kita orang nak jaga kaunter dan kita orang juga yang nak kawal kat luar tu. Pengawal banyak kat lobi tu buat apa, jadi patung cendana sahaja ke? Sampai En..Zul kena turunlah, PPH mengadu kat BUB kenapa orang ramai sangat.

Kita dua orang sahaja yang jaga kaunter, bukan buka banyak kaunter pun!

Proses hantar dokumen tender dan sebut harga memang macam ni untuk kerja-kerja MARRIS dan dia orang akan hantar pada hari terakhir. Bila dah tutup cakap kat sini (MPAJ) susah nak cari parkir lah, jalan sesak lah, itu lah ini lah. Tahu lah parkir kat sini memang susah sikit tapi janganlah pada hari terakhir dan kalaupun kena hantar pada hari tutup peti pun kenalah keluar awal.

Kebanyakannya bukan baharu pertama kali berurusan dengan MPAJ. Dah selalu masuk tender, patut dah tahulah kena datang awal bagai tapi datang juga dekat waktu nak tutup peti.

Memang akan penuh macam ni dan kena letak atas peti kalau tak muat sebab peti tak banyak pun kalau nak buat peti atas bawah untuk tajuk yang sama. Kalau tajuk kerja tak banyak boleh lah buat macam tu.



Tutup peti bersama wakil AD - Kak Siti Mariam. Nama sama dengan Kak Yam...hihihi




Banyak kan! Tu baharu nampak sedikit sahaja, ada banyak lagi!

Lagi yang hantar dokumen macam ni! Nak bagi luka tangan kita orag ke! Aduh, korang ni kan!

No comments: