Dia orang sibuk nak makan durian, kemudian Abg Man cakap jomlah pergi kebun dia makan durian, sudahnya esok dia orang ajak aku nak ikut tak...memang nak lah kan. Naik kereta Abang Man dan Acap naik kereta sendiri dan bila lalu di kawasan Langat tu rasa seronok sebabnya kawasan kampung kan! Kiri kanan penuh dengan pokok buah-buahan...ada rambutan yang bergayutan yang dah masak ranum, pokok durian yang belum gugur....untungnya siapa yang ada kebun buah-buahan.
 |
CANTIKNYA KEBUN ABG MAN DI HULU LANGAT |
 |
BESTNYA BUDAK-BUDAK MANDI KAT KOLAM KECIL DEPAN RUMAH |
 |
ATAS BUKIT PUN ADA DURIAN LAGI |
 |
GIGIH MAK ABG MAN PANJAT BUKIT UNTUK PUNGUT DURIAN YANG DAH GUGUR DENGAN CUCU-CUCU |
 |
AIR BUKIT |
 |
SEMENTARA AIN, WANI & SYIRA GI DAKI BUKIT, KITA SWAFOTO DULU. AKU DAN KAK YAM DOK JE KAT SITU. TAK KAN AKU NAK DAKI BUKIT DENGAN BERJUBAH BAGAI KAN! TERSADUNG NANTI, NAYA JER!!! |
 |
DARI KIRI: WANI, SYIRA & AIN |
 |
AKU BELI DURIAN SIAP KOPEK RM50 = 5 KG. SEDAP DURIAN KAMPUNG! |
 |
NI TAUHU BRGEDIL - BELI KAT FARHANA PS. SAJA NAK CUBA |
Bila nak balik, yang lain semua nak ikut Acap sebab ada kena pergi mesyuarat dan lawatan tapak, jadinya hanya aku dan Kak Yam yang naik kereta Abg Man.
No comments:
Post a Comment