|
PERSIAPAN |
|
TAHUN NI AKU BAGI FOOD CONTAINER KAT CIKGU-CIKGU AKU |
|
NAK BUAT CANTIK SAJA |
|
SIBUK SURUH AKU AMBIL GAMBAR DIA |
|
TARA!!! |
|
ADA 10 ORANG CIKGU YANG MEMANG AKU BAGI HADIAH SABAN TAHUN |
|
DAH DITERIMA OLEH PN. ONG MENG SENG - 22.5.2019 |
|
PN. NORMAH SIAP LETAK DALAM FACEBOOK...TERIMA KASIH CIKGU - 23.5.2019 |
|
PN.ZAINORRAINI PUN DAH TERIMA, SIAP JEMPUT DATANG BERAYA KAT RUMAH LAGI - 24.5.2019 |
|
PENGESAHAN TERIMA DARIPADA EN. VALUSAMY PADA 18.5.2019 |
|
PENGESAHAN TERIMA OLEH PN. MAHERAN PADA 12.7.2019. RUPANYA CIKGU MAHERAN DAH BERTUKAR SEKOLAH DARI SMK (P) BANDARAYA KE SMK CHERAS. |
|
PN.VIJAYA DAH TERIMA JUGA, SIAP CAKAP 'JASAMU CIKGU KENANG JUGA' - 11.7.2019 |
|
DAPAT KHABAR CIKGU SAZALI YANG PERNAH AJAR AKU MUZIK MASA DARJAH 4 TELAH TUTUP USIA PADA 4.9.2019. MOGA ROHNYA DITEMPATKAN DALAM KANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN...AAMIIN. |
Program Bazar Ramadan Mampan di Taman Sri Bayu dan jabatan kita orang terlibat hampir semua. Kita orang jaga goodies dan tak ada arahan yang jelas sebenarnya. Kita orang pergi naik bas Majlis. Nampaknya berbuka kat luar lah ni yer.
|
DIA ORANG TAK IKUT PUN...MAIN REDAH IKUT GENG MASING-MASING |
|
UNTUK EDARAN KEPADA PENGUNJUNG BASAR NANTI |
|
BERGAMBAR DULU!!! |
|
DAPAT SUMBAGAN KURMA DARIPADA YB HANIZA |
|
BEG YANG JADI REBUTAN SEBAB KITA ORANG PUN NAK...HAHAHA |
|
ADA KURMA & AIR KOTAK JE PUN TAPI ORANG NAK BEG TU BUKAN ISI....KAN |
Cuma yang tak bagusnya bila mana arahan bos tak diikut dan bila terjadi yang lain daripada yang sepatutnya dia orang pula yang membebel. Bos suruh ikut belakang YB sebab YB akan singgah di reruai (booth) dan masa tu bolehlah kita orang edarkan goodies beg kepada para pengunjung bazar. Mula-mula memang kita orang ikut lepas tu tunggu lama dengan kiri kanan penuh beg (jadi berat kan).
Lepas tu dengarnya YB akan patah balik sebelum ke bazar. Semua pun berpatahlah balik. Ada sorang tu dah malas nak tunggu dan sibuk nak edarkan goodies beg tu dan yang lain pun menyusul dengan lajunya. Memang laju lah kita orang edarkan termasuk aku (semua dah pergi edarkan terpaksalah ikut).
Tak lama lepas tu boss tanya mana goodies beg sebab ada beberapa yang YB nak bagi...goodies beg dah habis! Tak ada lagi! Muka bos pun dah lain macam sebab dia kan suruh tunggu tadi. Sudahnya mana staff Penguatkuasa dan kita orang yang dah goodies beg tu diminta pulangkan semula sebab kena ada untuk YB. Mana yang dah dapat tu kenalah bagi balik.
Nak buat macam mana benda dah jadi kan. Aku dan Kak Eka balik tumpang Angah sampai ke MPAJ (sebab katanya bas ada masa hantar sahaja, balik pandai-pandailah). Rupa-rupanya waktu balik pun ada bas. Tapi aku dah janji dengan Angah kan! Lepas tu Kak Eka tumpangkan aku sampai rumah. Dapat juga berbuka kat rumah. Terima kasih Angah dan Kak Eka sebab sudi tumpangkan kita!
No comments:
Post a Comment