Aku tak jumpa sebarang video atau tarikh aku ambil nota ni tapi dah ada dalam simpanan aku, makanya aku letak sahaja dalam blog aku ni..boleh dibaca bersama...
CERAMAH: HALALAN THOYYIBA TANGGUNGJAWAB BERSAMA
OLEH: MOHD AMRI B. ABDULLAH, BHGN HUB HALAL, JAKIM
WWW.HALAL.GOV.MY / 03 – 8892 5000 / FB BAHAGIAN HAB HALAL, JAKIM / MYHALAL TV1
· Halal – Dari Segi : Syariah, Sains / Teknologi, Akhlak / Etika
· Ayat Quran yg berkaitan = 1) Surah Al-Baqarah : 168
· Pandangan SS Datuk Dr. Zulkifli B Mohamad Al-Bakri
§ tak boleh namakan sesuatu yg halal dgn yg haram
§ jauhkan dari sebarang unsur tasyabbuh kerana ia beri mudarat & kekeliruan kpd masyarakat awam
§ hendaklah tukar nama-nama yang tidak baik kpd penamaan yg baik sekali pun proses itu dilakukan secara berperingkat selaras dgn ajaran islam
§ dlm beri ulasan, amat wajar kita berpandukan kpd nas ilahi & hadis Nabawi agar selari dgn tuntutan syara’. Begitu juga dgn tindakan yg diambil oleh pihak berwajib spt JAKIM & JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri) adalah ikut prosedur serta perbetulkan dgn apa yg dituntut oleh syara’, khususnya berkaitan isu halal & haram
· Apa itu produk halal? = Halal, Baik, Selamat
· DEFINISI HALAL
- Makanan yg dibenarkan oleh hukum syarak & menepati syarat-syarat berikut:
1) Tidak mengandungi mana2 bhgn @ produk drpd haiwan yg tidak halal kpd orang islam @ produk drpd haiwan tidak disembelih mengikut hukum syarak & fatwa.
2) Tidak mengandungi ramuan drpd bahan najis ikut hukum syarak & fatwa.
3) selamat dimakan, tidak beracun, tidak memabukkan @ tidak memudaratkan kesihatan ikut hukum syarak & fatwa.
4) Tidak disediakan, diproses @ dikilang guna alatan yg dicemari bahan2 najis ikut hukum syarak & fatwa.
5) Tidak mengandungi mana2 bhgn @ anggota manusia @ hasilan drpdnya yg tidak dibenarkan oleh hukum syarak & fatwa.
6) Tidaklah dlm masa menyediakan, memproses @ menyimpannya bersentuhan, bercampur @ berdekatan dgn apa2 makanan yg gagal menepati keperluan dlm butiran terdahulu.
· ANALISIS KULIT BABI
1) Rupa bentuk fizikal mempunyai 3 titik / lubang = 3 titik/lubang yg tdk tersusun, tembus ke blkg & ‘slanting’ (POLYURETHANE = 3 titik/lubang yg bulat & tersusun, tidak tembus ke blkg & tegak)
2) Ujian kelarutan
3) Ujian bakar
· Analisis berus bulu khinzir = rupa bentuk fizikal iaitu bercabang 3, teknik Fourier Transform InfraRed (FT-IR), ujian bakar, mikroskop
· Hanya kulit babi yang ada titik tiga. Kulit binatang lain tiada titik macam tu
· Ciri-ciri bulu khinzir = keras (stout bristle hairs) / bercabang pd bhgn hujungnya (flagged tips)
· PORK FREE - tanda kedai/restoran TAK JUAL BABI TAPI tak semestinya halal
- ikut Undang-Undang, itu tidak termasuk dlm ungkapan HALAL
- ayam/sos/bahan masakan (vinegar @ cuka - juga boleh dipersoalkan halal haram
· DNA babi – hokum makan adalah HARUS disebabkan pencemaran iaitu →pasar yang jual (bercampur2)→ di luar kawalan kita→melekat di baju & bila buat ujian ada DNA babi
· Daging babi & DBA Babi ialah dua benda yang berbeza!
· Nama lain bagi babi ialah pig/pork/swine/hog/boar/lard/bacon/ham/porcine/sow/sow milk/bak (bak kut teh)
· Kalau beli beg→bakar sikit→ada bau hangit (macam kulit terbakar)→confirm dr. kulit babi→kalau macam bau plastik = bukan dari kulit babi
· Tapak kasut/ bhgn dalan beg tangan/ blusher – kena check betul. Kalau blusher dr bulu babi akan bercabang tiga (3)
· Sembelihan guna mesin → hukum? → HARUS
- Fatwa Malaysia kata BOLEH dengan syarat:
1) Orang yang buka suis itu MESTI orang Islam dan amalkan cara hidup ISLAM iaitu kena bagi salam / baca Al-fatihah, Al-Ikhlas / mengucap syahadah dll.
2) Ada mata pisau (2 kesan sembelihan)
- Tak digalakkan import ayam dari US sebab ada yang tak mati betul guna mesin bila ayam tu bergerak2, jadi perlu ada orang Islam untuk sembelih kali kedua
· Bukan semua kod E dlm makanan tu HARAM – sumber tumbuhan & haiwan (ada yang halal)
· Marshmallow halal sebab susah nak cari yang betul-betul disahkan HALAL
· ALKOHOL HARAM? – Bukan, hanya ARAK yang haram!
· ALKOHOL dlm industry HARUS spt minyak wangi
· LOGO HALAL Malaysia ada warna biru/hitam/hijau
· Logo halal dari luar negara yang dah masuk Malaysia adalah HALAL dimakan
· Ada 67 jenis logo HALAL luar negara yang diiktiraf JAKIM = makan YAKInlah
· Logo Halal STARBUCK & PIZZ A HUT = semua yang ada dalam kedai tu ialah halal dimakan
· Sabun mandi / pakaian / peluntur (Clorox – guna bahan kimia shj)
→ halal Malaysia tak wajibkan dapatkan sijil halal
→tidak semestinya yang tiada logo halal tu HARAM
→tengok bahan – jangan ada sumber haiwan
CERAMAH: HALALAN THOYYIBA TANGGUNGJAWAB BERSAMA
OLEH: USTAZ AHMAD DASUKI ABD RANI
· 5 hukum dalam hidup kita:
1. HALAL
2. HARAM
3. HARUS
4. MAKRUH
5. SUNAT
· Tujuan hidup = KITA SEDANG KEJAR APA?
Ø Ada yang kejar duit/pangkat/cantik
Ø Mengah dalam hidup dgn apa yang kita kejar
Ø Allah tak muliakan HARTA di sisiNya
Ø Qarun (harta) ditenggelamkan sedalam 70 hasta dalam perut bumi setiap kali matahari terbit
Ø Firaun (pangkat) sampai ‘diTuhankan’ oleh dia / iblis terkejut bila mana Firaun mengaku dia Tuhan / tak ada sakit dan tak pernah bersin serta menguap
Ø Cantik = beli barang kosmetik / perempuan nak jadi putih / lelaki nak jadi sado – sasa bodoh
Ø BILAL BIN RABAH – hitam legam tapi tapak kaki dia didengar dalam SYURGA
Ø SAAD BIN MUAZ – JAUH LEBIH HITAM daripada Bilal bin Rabah / beliau gugur syahid maka BERGEGAR TIANG ARASY
Ø JULAID R.A. – muka menakutkan (lebih teruk drpd. Saad bin Muaz) / gugur syahid dlm Perang Uhud – NABI CIUM dahinya 3 kali dan kata ‘Aku sebahagian kamu dan kamu sebahagian aku’
Ø Apa yang patut kita kejar ialah:
· HIDAYAH ALLAH
- nikmat bila masuk syurga
- Abu Talib tidak dapat Hidayah Allah
- benda yang perlu kita kejar & PERLU kejar sekuatnya supaya kita rasa nikmat
· KEBERKATAN
- berkat daripada makanan / keluarga / orang / masa / tempat
- tidak diajar dalam agama lain selain Islam
- dlm hidup ‘BERKAT’ mainkan peranan = SESUATU YANG SIKIT TAPI DIRASAKAN BANYAK
- Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma (doa) diucapkan kepada mereka yang baharu berkahwin untuk mohon keberkatan Allah kepada mereka berdua dan saling memberkati antara satu sama lain = Allah kumpulkan kamu berdua dengan kebaikan
- timbul berkat – dalam makanan (untuk dibawa hingga ke Padang Masyhar) KERANA sekadar HALAL sahaja tidak cukup sebab ramai orang boleh daftar kat JAKIM / mesti TOYYIB (asas dlm hidup) kerana TOYYIB datang daripada orang yg. bertaqwa, orang yg. berkat, orang yg. dirahmati, orang yg. disayangi di sisi Allah/ jauhkan drpd perkara SYUBHAH iaitu jangan ubah niat sebab akan berubah jadi HARAM. Contohnya bila minum air terfikir macam minum arak je kena terus tinggalkan (jgn minum lagi)
- kita perlu bina keluarga supaya bukan hanya hidup di sini sahaja TAPI keluarga kita perlu hidup sampai ke Padang Masyhar
- kisah Imam Syafie yg. bertanyakan kepada ibunya sama ada ibunya pernah beri dia makan yang tidak halal kepadanya & ibunya menjawab ibu pernah bela itik→itik pergi rumah jiran→makan kat rumah jiran→itik bertelur→telur itik tu bagi makan kepada Imam Syafie / Imam Syafie terkenal sebagai orang yang makan sedikit. Ada suatu ketika bila mana beliau pergi ke rumah gurunya, IMAM MALIK, beliau makan banyak kerana mengambil keberkatan daripada indivitu yang berkat.
- dalam Islam, kita JANGAN masukkan benda2 HARAM dlm rumahtangga → daging yg. tumbuh drpd benda yang tidak baik = neraka tempat yang paling sesuai untuk keluarga itu
- yang HALAL itu JELAS, yang HARAM itu JELAS. Di antara halal dan haram itu ialah SYUHBAH iaitu ialah teragak-agak. Contoh: Makan rasuah, tuntutan palsu = haram
- siapa yang terlibat dengan syubhah, lambat-laun akan jatuh kepada HARAM dalam hidupnya. Contohnya: Muruku dikilangkan oleh syarikat Lai Peng Industries = kena tinggalkan → kenapa → kita tidak perlu pun & di bulan puasa bila makanan yang disediakan oleh mereka yang tidak tutup aurat, makanan bertudung tapi penjual tidak bertudung
- nilai utama dalam hidup
- Siapa ORANG YANG BERKAT?
= Nabi Muhammad s.a.w / orang yang soleh yang hidup dalam kalangan kita / suami isteri yang saling memberkati antara satu sama lain.
= Ambil keberkatan hidup drpd individu ini:
1) Nabi Muhammad s.a.w 2) Ibu bapa 3) Orang soleh yang hidup dalam kalangan kita
= Kisah Ummu Aiman yang terminum air kencing Nabi → Nabi kata “Wahai Ummu Aiman, mulai hari ini kamu tidak akan disentuh oleh sakit perut sampai kamu wafat” dan Ummu Aiman tidak diserang sakit perut selama hayatnya selepas itu→ kerana apa? → ianya drpd orang yang dipelihara Allah, yang menjaga sumber makanannya = individu yang diberkati dalam hidup
- TEMPAT YANG BERKAT = 1) TANAH HARAM = 3 buah masjid (Masjidil Haram, Mekah / Masjid Al-Aqsa / Masjid Nabawi) 2) Rumahtangga yang berkat
- MASA YANG BERKAT
= 1) sebelum Subuh 2) dekat Maghrib 3) Lepas Maghrib 4) Ramadan 5) Solat Jumaat (khutbah)
= tanda masa itu berkat ialah selalunya rasa mengantuk yang amat sangat spt – malam Lailatul Qadar & Bila dengar ceramah
- JANGAN hilang berkat dengan buat maksiat = perkara haram & syubhah
- HARAM PADA ZAT / HARAM PADA SIFAT
· ILMU YANG BANYAK
· IKHLAS DALAM KEKELUARGAAN
- berkahwin kerana Allah bukan sebab lain seperti cantik / harta / keturunan
- SUSAH nak ikhlas
- NILAI SURAH AL-IKHLAS = 1/3 QURAN. BACA 3X SEHARI = NILAI SEBUAH QURAN
- JANGAn buat kerana orang lain – nanti MENYESAL
· KEREDAAN ALLAH
No comments:
Post a Comment