Saturday 8 September 2018

SURAT PERTUKARAN (RESHUFFLE) JABATAN - 15.8.2018

15.8.2018
 Tuan S/U nak jumpa semua kerani yang terlibat dengan pertukaran gelombang ke-3 pada pukul 4 petang. Setelah lebih lapan tahun aku di JPB, akhirnya aku terpaksa juga melangkah pergi dengan berat hati. Macam-mcam perasaan ada - sebak, takut, risau, sedih dan lain-lain bergentayangan. Jabatan baharu = bos baharu, suasana baharu, kawan-kawan baharu, persekitaran baharu, ruang kerja baharu, skop kerja baharu dan ada perubahan daripada kebiasaan yang kita buat. kalau di JPB boleh buat OT tapi kat tempat baharu TAK! Tempat lama boleh balik lewat (6.30 dan ke atas) tapi kat sini pukul 6 dia orang dah balik.

Selalu aku boleh kerja yang tertunggak sambil tengok cerita Korea, dengan lagu, tengok filem ke drama tapi kat tempat baharu 'macam tak boleh' sahaja dan seperti diperhatikan. Boleh stress kot bila mana kita kurang kerja (bukan tak ada kerja langsung) tapi kena pandai-pandai buat macam ada kerja. Nak buruh aku hadap komputer buat novel ke??

Entahlah hadap sahajalah sebab dah tak ada pilihan lain. Kalau ada memang dah angkat kaki juga kot...hahahahaha.

Gambar yang bermuka gembira ni hanyalah rekayasa yer....






No comments: