Wednesday 3 August 2016

AKTIVITI KEMAS KOTAK - KOLEKSI BUKU CERITA BERSIRI - 13, 14, 16 & 17 FEB 2016

Projek DIY di opis.

Tadaa!!! Dah siap! Kotak dah cantik!


Baru tahu ada nama aku kat sini. Hahaha...

SEBELUM
SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS
KOTAK DAH BERTUAN NI!





BANYAKNYA! TAPI BUKAN SEMUA AKU PUNYA.
TAK PERNAH GUNA PUN, SUDAHNYA AKU BAGI KAT ANAK BUAH AKU
DAPAT MASA BIRTHDAY DULU



REDEEM CARD DAPAT BEKAS MAKANAN NI. ADIK AKU YANG TOLONG

DOORGIFT MASA MAJLIS KAHWIN SYAHIDA & AZMI

ASALNYA BUKAN PASIR TAPI HALWA


SECAWAN KECIL STRAWBERI :p
BUKU MUET - AKU BUAT SENDIRI TAU PUISI NI
KOLEKSI LENGKAP BUKU SIRI SALMA (VERSI ASAL NANCY DREW)



EDWARD STRATEMEYER - PENCIPTA NANCY DREW@SIRI SALMA



WARNA KULIT BUKA SAHAJA BERBEZA



AKU SUKA KULIT BUKU YANG NI
Siri Pelajar ni juga salah satu koleksi kegemaran aku memandangkan dulu kala aku pernahlah berangan nak bersekolah asrama. Memang terbayang-bayang suasana di dalam cerita ni. Rasanya aku ada koleksi penuh siri ini. Ada yang aku beli dari Fiona, budak kelas sebelah yang rajin membaca buku berbahasa Malaysia masa di SMK Datok Lokman. Sekarang ni dia bermaustatin di Republik Chezch setelah berkahwin dengan orang sana. Dah jadi Pengurus Projek di sana memandangkan dia berkelulusan dalam bidang Farmasi di salah sebuah universiti di Scotland.




Siri-siri lain yang ada dalam koleksi peribadi aku tapi tidaklah lengkap seperti Siri Salma tu.
SIRI TIGA PENYIASAT
SIRI LIMA PENYIASAT
SIRI MISTERI



Siri Lima Sekawan ni merupakan antara buku cerita bersiri pertama yang aku beli. Aku masih ingat lagi buku bernombor 13,14 dan 15 aku beli di MPH, Mid Valley.






Siri Hadi ni koleksi kedua terbanyak yang aku ada selepas Siri Salma. Walaupun tidak lengkap, jumlah agak banyak juga dan siri asalnya ialah Hardy Boys. Sama juga macam Siri Salma yang banyak kali bertukar warna kulit buku.






Koleksi novel milik aku.



Ni tandatangan kawan-kawan aku masa di UiTM Penang. Tanda kenangan dan masa ni aku tiada blog dan Facebook untuk terus berukhuwah seperti sekarang. Telefon bimbit pun aku pulangkan pada mak dan abah bila mana aku teruskan ke Tingkatan Enam. Bila dah kerja barulah merasa guna telefon bimbit sendiri.

Cuma dengan Kak P'nut sahaja yang aku masih lagi berhubungan walaupun jarang sebab dengan dia aku agak rapat berbanding yang lain. masa aku mula-mula sampai di sana dialah orang pertama yang aku jumpa di asrama penginapan kita orang dan kebetulan sebilik dengan dia dan seorang lagi kakak senior.




No comments: