Acap kali juga sesuatu doa walaupun baik, dan datang daripada orang
yang baik, pada waktu yang baik, tetapi Allah tangguhkan ke waktu lain.
Hal ini kerana Allah sayangkan hamba-Nya itu. Allah sengaja berbuat
demikian bagi mengujinya sehingga seorang hamba itu bersedia untuk
menerima nikmat-nikmat-Nya.
Jika tidak bersedia, dibimbangkan nikmat itu boleh bertukar menjadi
bala. Itulah yang disebut “istidraj” – yakni pemberian Allah yang
merupakan satu kutukan dan memudaratkan untuk iman dan Islam seseorang
yang derhaka kepada-Nya.
Oleh sebab itu, sering kali juga Allah menahan pemberian-Nya kerana
kasih sayang-Nya terhadap seseorang. Inilah yang dinukilkan oleh Prof
Dr. K.H. Muhibbuddin Waly dalam bukunya Hakikat Hikmah Tauhid dan
Tasawuf:
“Sebab kadang-kadang Allah memperlambat dalam memperkenankan doa mereka kerana Allah sangat sayang dan cinta mendengar suara doa yang selalu diucapkan oleh hamba-Nya itu kepada-Nya.”
Insyallah, moga bermanfaat kepada semua!
No comments:
Post a Comment