Thursday 12 May 2016

BANCI BANDAR SELAMAT

Aku joint Kak Bed untuk buat bancian di kawasan Taman Melawati. Awalnya nama aku memang tak ada dalam senarai tapi Kak Bed tak ada kawan sebab yang lain semua staff lelaki. Jadi dengan rela hati sebab diberitahu bancian akan diadakan lagi di kawasan yang lain pula dan takut bulan puasa pun dorang nak buat bancian, aku tukar denga staff lain.

Win-win situation lah kiranya sebab takut dengan orang lain yang kita kureng mesra, susah pula kan!
Bancian ni ada dua soalan sahaja. Soalan pertama kalau jawab Ya (maknanya kawasan kat situ selamat) tak payah jawab soalan nombor 2! Senang TAPI nak cari orang untuk jawab soalan ni yang tak senang! Mengelat memanjang walhal tak dengar lagi kita cakap apa.

Ada sorang akak seberang ni, bila kita panggil dia terus ngelak tapi bila staff lelaki panggil terus dia berhenti! Kan sengal!


Kak Bed jumpa staff Majlis yang bertugas di kawasan situ
Yang ni grup lain sebab kita orang pecah kepada dua kawasan


Kebetulan hari tu ulang tahun kelahiran kak Liza yang ikut grup kita orang buat bancian. Sama macam aku,  dia sambut hari lahir sendiri (dia yang beli kek tu!)

Martabak pun ada.

No comments: