Monday 30 June 2014

Saturday 28 June 2014

KLIHF 2014 - PART 1


'Talk' Prof. Dr. Muhaya tapi masa aku dan adik aku sampai dah nak habis dah....

Iron Lady Malaysia - Datuk Maznah Hamid

Bersama Yatt Hamzah...she is so friendly
Boleh pula matanya terpejam...tak apalah just nak post kat entri..huhuhuu.....
Snap jer sebab kalau nak snap gambar dia seorang memang tak dapatlah jawabnya..berkerumun di boothnya yang kecil tu.

Dengan Altimet
Antara booth yang ada

Minyak wangi..ada promosi beli dua RM200 dapat percuma 1...agak-agaknya aku beli tak minyak wangi ni yang katanya tanpa alkohol dan oleh dibawa solat yang didatangnya dari negara Arablah..Arab yang mana satu...Mesir, Iran, UAE...

Ni bukan nak ambil gambar perempuan yang tengah amik beg ni ya... aku cuma nak snap nama kedai tu Parfum de Papillon

Lagi booth yang ada di KLIHF
Koleksi jubah yang membuatkan aku rambang mata




Friday 27 June 2014

HARI GURU 2014 - BHGN. 2




Terkejut juga bila mak telefon dan bagitau ada bungkusan 'parcel' untuk aku Bila balik tak sabar rasanya nak tengok dari siapa dan apa yang ada dalam kotak tu. Rupa-rupanya kiriman dari Pn. Maheran. Ingat tak entri semalan pasal hadiah hari guru tu. Dia balas apa yang aku bagi hari tu dengan sepasang telekung seperti gambar di atas tu. Oh my teacher!!!

Beberapa tahun dulu pun bila aku bagi hadiah, cikgu Maheran balas dengan 2 helai tudung bawal yang aku simpan sampai sekarang. Terima kasih cikgu!!!

PENGESAHAN TERIMA OLEH USTZ. TUAN RUZANA
TEMA HARI GURU DI SMKDL TAHUN NI - YANG NI GRUP PUTERI ISLAM

Thursday 26 June 2014

HARI GURU 2014

Barang-barang untuk HARI GURU tahun ini...tahun ni hadiahnya agak istimewa dari aku buat semua guru yang menerimanya.

Kain ela  dan tali leher
Ni hadiah untuk guru-guru wanita Melayu..masakan nak bagi cikgu Cina kain ela...macam tak sesuai lah pulak kan!!!

Satu-satunya guru lelaki yang berada dalam senarai penerima... (macam nak bagi ingat kebesaran pulak... heeee)


Food container @ bekas makanan untuk Pn. Vijaya yang kini mengajar di SMK Victoria...beliau pernah mengajar subjek BM (Ting. 3) dan Sejarah Malaysia (Ting.6)

Hadiah buat Pn.Ong Meng Seng (Sejarah Ting. 4 & 5), Pn. Maria Bee (Kimia Ting. 4 & 5) dan  Pn. Zainorraini (BM Ting. 4 & 5)

Buat En. Valusamy (Tamadun Dunia & Tamadun Islam Ting. 6), Pn. Normah (BM Ting. 6) dan juga Pn. Rozita yang dulu mengajar subjek Biologi (Ting 4 & 5)
Ni pula khas buat guru-guru yang kinI berpindah sekolah yang baharu iaitu Pn. Vijaya (SMK Victoria), Ustazah Tuan Ruzana (SMK Orked Desa - sekolah yang baharu sahaja dibuka pada tahun ini), Pn. Noorhana (Jab. Pendidikan Wil. Persekutuan (JPWP)), Pn.Saadiah (dari SMKDL ke SMK Puterijaya - ke SMK St. Gabriel) dan istimewa buat Pn Maheran (SMK Perempuan Pudu).


~JASAMU DIKENANG~