Friday 28 March 2014

KAK FAEZAH LAST DAY - 1.502.2014


Kak Faezah adalah orang yang rapat dengan aku ketika mula menjejakkan kaki ke jabatan ini Masa tu dia sedang sarat mengandung dan ada masalah dengan kandungnya yang menyebabkan aku mengambil alhi beberapa tugasan Kak Faezah seperti menghantar surat2 ke jabatan yang lain. Dari situ kami mula rapat dan terus rapat sehinggalah berlakunya satu insiden yang disebabkan oleh orang lain. Perkara itu mengakibatkan hubungan kami agak renggang. Tapi masa minggu2 terakhir sebelum mendaat khabar yang dia kena tukar ke jabatan lain hubungan kami beransur seperti sedia kala.

Perkhabaran tentang pertukaran ini berlaku kurang lebih dua minggu dari tarikh perhimpunan bulanan anjuran jabatan kita orang. Walau bagaimanapun, Kak Faezah tetap mewakili kami semasa perhimpunan tersebut memandangkan jubah rasmi jabatan kita orang telah pun ditempah. Tinggal nak pakai sahaja, memang rugi kalau tak join kita orang kan! 

Jadi sempena menghargai persahabatan yang terjalin aku memberikan hadiah kenang-kenangan yang tidak seberapa ini untuk Kak Faezah kerana dia juga banyak membantu aku di sini. Okey kak, semoga terus sukses di jabatan yang baharu.

Khabarnya Kak Faezah akan menambah bilangan ahli keluarganya tidak lama lagi...tahniah kak! Perancangan yang berjaya....

No comments: