Tuesday 31 December 2013

Monday 30 December 2013

KERANI LAWAT KAWASAN....

Tak ada maknanya kerani lawat kawasan macam tajuk kat atas tu....hahahaha
Ni masa aku teman Kak Ina Norizan pergi 'site visit' untuk aduan dan sebagainya dan dapatlah tengok cara dorang kat 'site' dan dapatlah tengok rumah-rumah besar kat Bkt. Antarabangsa tu kan....












DAPAT PELUANG MASUK MASA MESYUARAT J/K OSC

Sunday 29 December 2013

RENUNGAN DAN TENUNGAN YANG PANJANG


Diam tak diam kita semakin menghampiri penghujung 2013 dan 2014 akan menemani kita pula. Jika direnung dan ditenungkan sepanjang tahun ni ada beberapa pencapaian positif bagi aku. Dua buah cerpen aku berjaya disiarkan di dalam majalah Harmoni. Manusksrip novel remaja aku yang kedua juga telah selesai menjalani proses 'proofread'. Sekarang tengah 'deal' dengan ilustrator untuk gambar-gambar yang aku kehendaki.

Bulan ini juga aku kerap menonton filem di pawagam berbanding bulan-bulan sebelum ini. Oh, ya! Bulan sebelum puasa hari itu juga aku banyak menonton filem. Mungkin juga bergantung kepada filem-filem itu kot. Masa Chinese New Year hari itu aku dan famili ke I-city, Shah Alam. Puaslah bergambar dari satu frame ke frame yang lain dalam Trick Art Museum tu.

Lepas itu pergi ke Eagle Ranch Resort dengan famili. Tak lupa aktiviti aku bersama tiga orang budak praktikal menjelajah 'Canopy Walk' di FRIM pada 20 Oktober yang lalu.

Tapi di sisi lainnya aku terasa kehilangan. Kehilangan yang adakalanya membuatkan aku tejerembap ke tanah. Abah! Abah! Abah! Aku rindukan abah. Setahun berlalu namun seolah-olah semalam pemergiannya aku rasai. Tidak ada hari yang aku tak ingatkan abah. Moga abah tenang di sana. Dan sehingga ke hari ini aku rasa langkahku longlai dan goyah untuk jejakkan kaki ke kubur abah. Aku tak kuat! Daripada aku duduk  dan menangis dengan air mata yang tak akan berhenti mengalir seperti meratap pula, lebih baik aku panjatkan doa buat abah dari jauh sahaja. Jauh di mata dekat di hati dan sanubari.

Pertama kali juga pada tahun ini sambutan ulang tahun kelahiran aku tanpa abah di sisi. Aku seronok membuat persiapan, beli hadiah untuk buat game show dengan anak-anak buah aku tapi dikala sendirian kehilangan abah sangat aku rasai.


Juga pertama kali beraya tanpa abah rasanya terlalu kosong dan sepi. Tiada lagi tangan seorang lelaki yang aku salam seperti tahun sebelumnya. Raya kali ini terasa sangat hambarnya buat diri aku. Tak ada gambar raya aku pun tahun ni. Tidak seperti tahun-tahun yang lain dimana kami adik-beradik sibuk mengambil kenangan di pagi raya.

Dalam kedukaan ada kegembiraan
Dalam pahit ada manisnya
Dalam derita ada bahagia
Dalam kesunyian ada keriangan

Saturday 28 December 2013

CINTA - JODOH - TUNANG - NIKAH - KAHWIN

CINTA
JODOH
TUNANG
 
 
 NIKAH
KAHWIN

Thursday 26 December 2013

TSUNAMI: ULANG TAHUN YANG SAMA DENGAN AKU MULA...


 
 
Tarikh berlakunya tsunami yang menggemparkan seluruh dunia berlaku pada hari yang sama aku memulakan alam pekerjaan sembilan tahun yang lalu... gambar aku masa first day kerja tak adalah cuma sekadar gambar-gambar untuk kita mengingati kekuasaan-Nya. Sekelip mata musnah dan rebah menyembah bumi...

# peringatan untuk korang dan diri aku sendiri juga....

Wednesday 25 December 2013

MERRY CHRISTMAS!!!

Menuju ke Kutub Utara (North Pole) dengan keretapi ajaib
'Terperangkap' dalm timbunan hadiah yang akan dia orang dapat
Santa Claus akan memulakan operasi dari rumah ke rumah
Kanak-kanak yang bertuah untuk ikut trip ini dan orang-orang  kerdil yang bekerja dengan Santa Claus.
 
Merry Christmas kepada yang menyambutnya. Ni filem The Polar Express yang ada kaitan dengan Hari Natal dan Santa Claus dan yang berkaitan dengan perayaaan ini.


Tuesday 24 December 2013

POEM: MARRIAGE LIFE BERFORE AND AFTER!!



Before marriage. 
Darling here.. darling there...
After marriage.
 
Baling here... baling there..
 

Before marriage.
 
I die for you. . .
After marriage.
'You die, up to you. '
 
Lagi lama married.
You die I help you!
 

Before marriage.
 
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. .
 
You go anywhere. . up to you .
 

Lagi lama married.
 
You go anywhere, better u got lost!!
 

Before wedding 
you are my heart, you are my love'
After wedding
'you get on my nerves. 

Before wedding 
'you are sweet and kind just like Cinderella' 
After wedding 
'you are worse than godzila' 

Before wedding 
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm with you 
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I sue you! 

Before wedding 
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la! 

Before wedding 
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or pontianak