Friday 15 June 2012

NOHIN DIULANG CETAK!!

Aku baru selesai menjawab ujian Inovasi petang ni..dah pukul 5 aku pun online sekejap nak tengok FB...dan ini gambar pertama yang aku tengok sebab dia orang letak nama aku..bila tengok jer aku tak tahu nak kata apa terus ada genangan di tubir ni. SYUKUR sangat-sangat bila dapat tahu NOHIN dah masuk cetakan KEDUA. Tak sangka perjalanan aku dalam bidang ni dipermudahkan oleh-Nya (Walaupun sebenarnya tak mudah dan sukar)

Biarpun royaltinya aku tak dapat lagi hehehe....setidak-tidaknya buku aku yang tak seberapa ni diterima oleh pembaca di luar sana. TERIMA KASIH aku ucapkan kepada para pambaca yang telahpun mendapatkan buku ini. Terima kasih kerana mendukung penulis baru seperti aku ni.


Kepada yang belum mendapatkan buku ini sila dapatkan di pasaran dan sebarkan kepada rakan-rakan yang lain ya...sampai jumpa lagi...

 

 

 


No comments: