Friday 17 February 2012

CERPEN DAN CERPEN LAGI

Dah lama aku tak tulis di entri ni kerana kebanyakkannya hanya gambar2 sahaja...rasa malas nak menulis di samping waktu di ofis yang kadang-kala tak memungkinkan aku menjadi blogger. Cuma hari Jumaat sahaja yang boleh digunakan untuk berblogging sebab masa rehatnya lama. Kadang2 tu tak tahu apa yang ingin aku coretkan di sini. Terlampau banyak cerita-cerita suka duka yang tertangguh untuk 'ditampalkan' di sini.

Sekarang ni aku sedang mencari ilham untuk menaip cerpen yang terbaharu sementara satu cerpen dalam proses pemeraman. Aku dah edit untuk pertama kali dan akan di edit apabila tiba masanya untuk dihantar kepada pihak penerbitan.

Tambahan pula, aku sedangn menanti komen daripada En.Ali, editor di Buku Prima berkaitan sinopsis novel remaja aku yang kedua. Novelnya dah siap dan sebenarnya telahpun dihantar ke sebuah penerbitan yang lain dan menerima maklum balas yang agak positif cuma bila dah pergi berkursus dengan BP aku nak terikat dengan satu syarikat sahaja. Bak kata oran besar BP, mereka akan 'jaga' penulis yang menulis untuk penerbitan mereka dan tidak bercampur-aduk dengan syarikat yang lain.

Masalahnya sampai ke hari ini aku belum terima komen daripada En.Ali jadi macam mana aku nak perbetulkan mss tu (sebenarnya bila baca semula memang ada yang perlu diperbaiki).Jadi kenalah tunggu sampai dapat emel tu...masa terluang aku buatlah cerpen.

Apa yang penting cerpen-cerpen aku seboleh-bolehnya ditaip menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan kita dengan menggunakan kosa kata yang menarik bagi menambahkan pengetahuan para pembaca di luar sana.




No comments: