Monday 27 February 2012

Friday 24 February 2012

KISAH PENJUAL TEMPE



Ada sebuah kampung di pedalaman, di situ tinggal seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.

Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, ahawa bagi Nya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!

Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya hanya duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini." Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan.

Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah...

Sumber: http://www.familiazam.com/




Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Yang Maha Esa sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Allah.

Thursday 23 February 2012

BILA KELOPAK DIPETIK....

Seriously...Mereka yang sudah mengambil kemanisan rumah tangga sebelum sampai waktunya, Allah akan cabut bila sudah berumah tangga...Berpelukan..berpegangan tangan..dan segala yang di mana selayaknya dilakukan oleh mereka yang sudah berkahwin..Ianya seperti kelopak bunga. Belum sampai waktunya, kita sudah memetiknya satu persatu..andai semua kelopak dipetik, maka apa yang tinggal pabila kita sampai...waktu kita berhak ke atasnya????





"Ala...ustaz ni..ade member saye kawin, sebelum ni dating semua, jiwang jea"
'Mereka akan lebih jiwang kalau tak buat camtu sebelum kahwin'
"Ala..ustaz ni, standardla tu. Hidup otak mesti tebukak. Jangan jumud sangatlah"
"Sebab otak kau tebukak sangatla penceraian berlaku 15 minit sekali. Bila sebelum kahwin, i want live with u until forever ever..Lepas kahwin, "err..correction. Maybe until next year only"
SMI ~ Sendiri mau ingat
SMP ~ Sendiri mau pikir..
LPLS ~ Lu pikir la sendili ma...
Barakallah..barakallah..barakallah..& kerana sayang ku katakan begini..=)






Sumber: Laman muka buku salah seorang Imam Muda *_*

Wednesday 22 February 2012

Tuesday 21 February 2012

KISAH SEBUAH RUMAH AGAM






Gambar rumah ni aku cari di laman sesawang semata-mata nak buat cerpen terbaharu aku yang mengisahkan seorang rakyat Malaysia yang berjaya di luar negara. Mula-mula cari kawasan di Google Map lepas tu cari rumah. Hehehe...kesungguhan merealitikan cerpen aku. Ceritanya hampir siap tapi aku keliru nak buat peleraiannya. Aku boleh pecahkan kepada dua jalan cerita yang berbeza dan sekarang aku tak tahu nak pilih yang mana satu tambahan pula aku suka buat cerita happy ending....apa pendapat anda?


Monday 20 February 2012

Sunday 19 February 2012

KITA SEBENARNYA....

Sumber dari kenalan di alam maya. Semoga sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik...Insya-Allah.


••► Kita sebenarnya lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram
••► Kita sebenarnya lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal
••► Kita sebenarnya lebih membesarkan hari Sabtu n Ahad daripada hari Jumaat
••► Kita sebenarnya lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan
••► Kita sebenarnya lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada solat dan mengaji
••► Kita sebenarnya lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama Nabi
••► Kita sebenarnya lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum
••► Kita sebenarnya lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertahmid
••► Kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri
••► Kita sebenarnya lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku agama
••► Kita sebenarnya lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama
••► Kita sebenarnya lebih suka memaki, ngumpat orang daripada memuji mereka
••► Kita sebenarnya lebih suka mencarut, daripada menyebut MasyaAllah
••► Kita sebenarnya lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan
••► Kita sebenarnya lebih bangga dgn kejahilan kita drpd b'syukur dgn keimanan kita
••► Kita sebenarnya lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...
••► KITA SEBENARNYA ingin menuju ke Syurga daripada ke Neraka

» Layak kah kita dengan Syurga milik Allah Swt??

Saturday 18 February 2012

TAKLIMAT SUKE - 18.2.2012





































































































































TAKLIMAT AWAM CADANGAN LEBUHRAYA SUNGAI BESI - ULU KELANG (SUKE) – 18 FEBRUARI 2012
 
PENCERAMAH:


  1. IR.MOHAMAD YUSUF BIN SALEH
    PENGURUS BESAR SUKE (PROLINTAS)


  1. EN.RAVISHANKAR AYAPPAN
    PENGARAH PERUNDING TRAFIK KLASIK (PERUNDING TIA)