Wednesday 21 December 2011

KURSUS BAHASA ISYARAT - 21.12.2011 (BHGN 1)

Dua hari aku kena pergi Kursus Bahasa Isyarat walaupun jumlah hari wajib menghadiri aku sudahpum terlebih dos...orang kursus ada yang tak cukup tujuh hari pun tapi aku nak masuk 15 hari untuk tahun ni sahaja. Aku pun tak tahu macam mana orang HR buat semakan utk pilih peserta...balik-balik nama aku. Tapi yang ini aku rasa nak pergi kerana jarang doa orang buat kursus yang macam ni kat tempat kerja aku.

Hari pertama ni kira okeylah belajar serba sedikit asas untuk menggunakan isyarat tersebut. Cuma tak bolehlah nak guna laju-laju sebab kita orang pun masih cuba mengingati isyarat2 tersebut. JAdi lepas ni bolehlah kalau aku dengan Kak Faizah nak mengutuk orang lain...sebab hanya kita orang sahaja dari jabatan tu yang pergi kursus ni. Patutnya ada orang lain tapi tak nak pergi. Sudah tu boleh pulak suruh letak nama dia....ishhh banyak cantik. Tak pergi tapi nak tanda kehadiran.

Dengar2nya ada sijil untuk Kursus ni...petang ni sepatutnya aku jaga kaunter tapi sayang nak tinggalkan kursus tu. Lantaklah siapa yang nak jaga petang ni tukar ajelah dengan aku minggu depan nanti. Okeylah nak siapkan kerje sikit sebelum sambung kursus yang diajar oleh orang-orang kelainan upaya (OKU).


































No comments: