Wednesday 16 June 2010

24/7



Ringkas tajuk entri aku kali ini tapi punya makna yg mendalam dlm hidup aku. Sejak dua menjak ni aku rasa hidup aku hanya utk kerja, kerja dan kerja!!! Setiap hari setiap masa dan setiap ketika hingga aku rasa lemas dan sesak nafas.


Bangun pagi ingat kerja dari balik kerja nak pergi tempat kerja yang lain pun masih fikir pasal kerja. Balik malam pun fikir pasal esok punya kerja. Cuti sana fikirkan kerja kat sini dan sebaliknya hingga otak aku diselubungi dengan kerja...kerja...kerja sahaja. Masa aku nak wat cerpen pun kena fikir pasal kerja sebab benda tu mesti difikirkan dahulu

Sesekali aku rasa macam tak tak ada benda menarik yg aku lalui selain daripada kerja. Rumah aku tu kira macam persinggahan jer sebab dok situ utk makan dan tidur serta mandi dari hari Senin hingga Khamis. Jumaat boleh tarik nafas lega sikir sebab aku hanya kerja opis sahaja dan hujung minggu pula aku hanya kerja kat sinun jer. Tak payahlah nak berkejar ke sana ke mari macam hari-hari biasa.
Adakala aku terfikir utk berhenti kerja di sinun tu tapi bila sampai masa aku rasa sayang pulak. Sebab apa tu? Sebab hanya di sana aku boleh bergelak ketawa dgn riang gembira seolah-oleh rasa seronok sgt keje kat sana ( walhal lagi leceh sebenarnya).

Kita orang boleh bergelak sama2, marahkan customers sama2 (mane yg bengong sgt tu), ketawa sama2 bila tgk gelagat budak2 kecil, rasa sedih sama2 bila ada budak yg dimarahi atau dipukul ibu bapa di tempat umum (ada budak tu kecil lg dah kena bantai dgn mak dia...bongok betul!!), siap ngumpat sama2 bila tgk perangai seseorang yg dah tak serupa orang dan macam2 lagi yg kita orang boleh kongsi sama2...
Pening kepala aku bila asyik dipagar dengan perkataan kerja...kerja...kerja dan kerja!!! Arghhhh.................




No comments: