Wednesday 23 June 2010

BIRTHDAY WISHES


Sedar tak sedar bulan ni paling ramai yg sambut hari lahir dlm kuarga aku. Mula2 abang ipar aku yg sulung 3hb Jun...lepas tu mak aku 23hb dan last sekali akak sulung aku pada 29hb. Tak lupa utk kawan baik aku yg ulang tahunnya semalam..Aku boleh plak terlupa langsung nak wish kat dia padahal dia wish utk besday aku bulan Jan ari 2....tak apelah baru semalam je...dah tua juga mamat ni...


Entah bila nak jemput aku makan nasi minyak pun aku tak tahu sebab bila tanya asyik tak jumpa memanjang (jumpa calonlah!!) Lepas tu dia balas balik tanya kat aku...aik!!! Hmmm aku tak kisah bila2 pun boleh asalkan jumpa yg sesuai dan menepati kriteria yg aku perlukan...huahuahua...macam dah ada calon aje lagaknya kan...saje2 nak bergurau senda kat 'umah buruk' aku ni...


So buat kawan aku...En.Hairul Izwan selamat ulang tahun yang ke...(tua dah ni!!! :) )

Wednesday 16 June 2010

24/7



Ringkas tajuk entri aku kali ini tapi punya makna yg mendalam dlm hidup aku. Sejak dua menjak ni aku rasa hidup aku hanya utk kerja, kerja dan kerja!!! Setiap hari setiap masa dan setiap ketika hingga aku rasa lemas dan sesak nafas.


Bangun pagi ingat kerja dari balik kerja nak pergi tempat kerja yang lain pun masih fikir pasal kerja. Balik malam pun fikir pasal esok punya kerja. Cuti sana fikirkan kerja kat sini dan sebaliknya hingga otak aku diselubungi dengan kerja...kerja...kerja sahaja. Masa aku nak wat cerpen pun kena fikir pasal kerja sebab benda tu mesti difikirkan dahulu

Sesekali aku rasa macam tak tak ada benda menarik yg aku lalui selain daripada kerja. Rumah aku tu kira macam persinggahan jer sebab dok situ utk makan dan tidur serta mandi dari hari Senin hingga Khamis. Jumaat boleh tarik nafas lega sikir sebab aku hanya kerja opis sahaja dan hujung minggu pula aku hanya kerja kat sinun jer. Tak payahlah nak berkejar ke sana ke mari macam hari-hari biasa.
Adakala aku terfikir utk berhenti kerja di sinun tu tapi bila sampai masa aku rasa sayang pulak. Sebab apa tu? Sebab hanya di sana aku boleh bergelak ketawa dgn riang gembira seolah-oleh rasa seronok sgt keje kat sana ( walhal lagi leceh sebenarnya).

Kita orang boleh bergelak sama2, marahkan customers sama2 (mane yg bengong sgt tu), ketawa sama2 bila tgk gelagat budak2 kecil, rasa sedih sama2 bila ada budak yg dimarahi atau dipukul ibu bapa di tempat umum (ada budak tu kecil lg dah kena bantai dgn mak dia...bongok betul!!), siap ngumpat sama2 bila tgk perangai seseorang yg dah tak serupa orang dan macam2 lagi yg kita orang boleh kongsi sama2...
Pening kepala aku bila asyik dipagar dengan perkataan kerja...kerja...kerja dan kerja!!! Arghhhh.................




Tuesday 15 June 2010

BERKECAI AKHIRNYA

Handphone yg aku gunakan selama ini dan menemui ajalnya minggu lalu sekaligus menyebabkan idea-idea aku turut dalam berkubur di dalamnya. Maklumlah aku selalu gunakan handphone tu utk tulis apa sahaja yg terlintas di fikiran aku tak kira masa. Macam2 ada...dari tarikh penting yg aku tak sempat tulis dlm diari, sajak, rangka cerpen, senarai brg keperluan semuanya duduk dalam tu...aktivit masa kursus pun ada dlm tu...
Handphone tu dh banyak kali jatuh tapi antibodinya kuat sampailah pd hari dia 'mati'. Skrinnya pecah teruk dan terpaksa guna hanphone lain yg tak berapa nak okey wat masa ni. Aku selalu dgr lagu kat music player dan handphone baru ni tak ada...kena tahan telinga ar sampai hujung bulan sebab aku nak handphone yg macam tu juga. Kalau ada sesiapa yg nak belikan pun ok jugak kankan...hehehe perasan je lebih aku ni...sape lah yg nak bg kat aku...
Jadi kpd sesiapa yg terputus sms dgn aku harap maklum yer sebab aku dah 'hilangkan' sume nombor tipon korang. Walaupun aku ada wat salian dlm buku, masalahnya nak cari buku tu yg ntah kat mana pula aku letakkan. Yang ada pun cume sekerat nombor aje....