Saturday, 4 January 2025

PREGNANCY - PAKEJ BERPANTANG & CONFINEMENT LADY (CL)

Disebabkan tak ada siapa yang nak jaga aku masa pantang nanti (walaupun masih ada Mak, dia kakak dan sorang adik perempuan kan) mala aku kena cari seseorang untuk tolong aku memandangkan ini 1st baby aku. Aku pun bulan pandai sangat walaupun dulu pernah tolong Mak aku jaga anak buah dan mengasuh anak orang tapi tu pun dah lama. 

En.S pun tak ada pengalaman jadi aku sendiri yang berusaha untuk cari CL biarpun harganya mahal untuk tempoh yang tak lama pun. Memang aku sorang je yang buat survey ni. Aku siap buat perbandingan satu persatu pakej CL yang ditawarkan sebab nak ambik yang okay dan tak mahal sangat.

Sudahnya aku ambil pakej Dahlia dengan KN Confinement Care dengan harga RM2940. Mahal pada aku tapi aku tak ada pilihan lain. Sape nak mandikan baby, masak untuk aku, jaga pusat baby sampai tanggal. Aku booking dengan harga RM50 dulu pada 31.12.2024.





























































Friday, 3 January 2025

PPU - TAKLIMAT PENGENDALIAN MAKANAN UNTUK BAZAR RAMADAN 2026 (18 & 19.12.2025) & PREGNANCY & AKTIVITI PPU DI GALERI

Jadi bidan terjun untuk jaga slide presentation sempena Taklimat Bazar Ramadan 2025 di auditorium padahal aku dah setting kerja apa aku nak buat hari ni dan esok.

Dorang memang jenis last minute baru nak suruh ini itu sedangkan aku jenis yang suka rancang dan siapkan sesuatu tu dengan awal. Tak buat nanti kata tak bercampur dengan aktiviti jabatan apatah lagi tu bawah Unit Pasar (Unit aku).

18.12.2024

























19.12.2024



















Lepas tu ada pula aktiviti lain di Galeri, kena pergi join jugak....bilanya nak siap kerja aku. Aku ni nak kira duit pasar malam dengan pasar pagi. 






Duduk kat jabatan ni rasa dipulaukan pun ada, rasa macam tak wujud je sebagai staff PPU.