Friday, 10 January 2014

10 'K' DALAM PERSAHABATAN

Setiap manusia dianugerahkan Allah dengan kelebihan, kebaikan dan keindahan masing-masing. 
 Begitu juga dengan kekurangan, keburukan dan kelemahan. 
Itulah sunatullah. 
Begitu indah sekali aturan-Nya. 
Setiap sahabat mempunyai keistimewaan masing-masing. 
Ada sahabat nakal, tetapi bersikap prihatin serta mengambil berat. 
Ada sahabat garang, tetapi sebenarnya penyayang. 
Buruk baik, kurang lebih seorang sahabat seharusnya kita terima seadanya, 
kerana diri kita sendiri bukanlah insan yang sempurna. 
Yang lebih penting dalam sebuah persahabatan ialah nilai-nilai indah
 dalam menghidupkan lagi persahabatan yang sedia terjalin. 
Antaranya mengenai 10 K yang diperlukan dalam sesebuah persahabatan. 

Kecintaan 
Kasih sayang 
 Keikhlasan 
Kesetiaan 
Keberanian 
Kejujuran 
Kemaafan 
Kesedihan 
Kegembiraan 
Keserasian 

Erti persahabatan cukup subjektif. 
Hanya mereka yang benar-benar sahabat sejati mampu mengungkap erti persahabatan murni lagi tulus. 
Kasih sayang antara sahabat tidak semestinya perlu dipamerkan secara luaran. 
Ada kalanya dengan hanya mendoakan sahabat-sahabat kita sudah memadai untuk membuktikan betapa sayangnya kita kepada mereka. 
Wahai sahabat...aku sayang pada mu. 


Kredit: mazura0110.blogspot.com.

Thursday, 9 January 2014

ULAT BUKU SEKALIAN...!


Bestnya kalau ada khutub khanah sendiri. Khutub khanah??? Tak faham...lah perpustakaan, library ler tapi aku lebih suka guna perkataan tu. Nampak bombastik sikit kan!

Tuesday, 7 January 2014

Monday, 6 January 2014

QOUTES: MUTIARA KATA

~ "TIDAKLAH MENSYUKURI ALLAH S.W.T SESIAPA YANG TIDAK MENSYUKURI ALLAH DAN SESIAPA YANG TIDAK MENSYUKURI MANUSIA."

~    "MASA DEPAN YANG CERAH SENTIASA BERTERASKAN KEHIDUPAN YANG LALU YANG TELAH DILUPAKAN. KAMU TIDAK BOLEH MENERUSKAN KEHIDUPAN DENGAN SEMPURNA SEHINGGA KAMU MELUPAKAN KEGAGALAN DAN KEKECEWAAN MASA SILAM." 

~ "SESUNGGUHNYA DARIPADA SYAIR ITU ADA HIKMAH DAN SESUNGGUHNYA DARIPADA KATA-KATA YANG INDAH ADA SAYA PESONA."

~ "SEMASA KAMU DILAHIRKAN, KAMU MENANGIS DAN ORANG DISEKELILING KAMU TERSENYUM. TERUSKANLAH HIDUP KAMU SUPAYA APABILA KAMU MATI NANTI, KAMULAH YANG AKAN TERSENYUM DAN ORANG SEKELILING KAMU PULA YANG AKAN MENANGIS."

~ "HATI MANUSIA DICIPTAKAN UNTUK MENCINTAI SESIAPA YANG BERBUAT BAIK KEPADANYA DAN MEMBENCI SIAPA YANG BERBUAT BURUK KEPADANYA."


Thursday, 2 January 2014

1st BIRTHDAY IN 2014!




Selamat ulang tahun yang ke -13 buat anak buah sulungku iaitu Nur Rasyiqah binti Rasid. Semoga membesar menjadi anak yang solehah, yang berbakti kepada orang tua dan berjaya di dalam segala bidang yang diceburi. Selalu menjaga nama baik diri sendiri, ibu bapa, keluarga, agama dan negara. Jaga maruah diri dan hiasi peribadi.

Sambutan ulang tahun yang pertama dalam keluarga aku jikalau tidak 14 Januari merupakan sambutan yang pertama...

Wednesday, 1 January 2014