IF YOU WANT TO BE, WHAT YOU WANT TO BE, BE WHAT YOU WANT TO BE, AND TO BE WHAT YOU WANT TO BE, BELIEVE WHAT YOU WANT TO BE.
Sunday, 22 September 2024
Thursday, 19 September 2024
KA - REHANZ PREGNANCY JOURNEY BEGINS & KRISTAL
Cubaan utk dapatkan Free gift...
Masa ni aku pergi KK Kg. Pandan yg beroperasi sementara di KK Kuala Lumpur sebab kat sana ada buat pendawaian semula klinik. Aku dah buat ujian kehamilan sendiri (UPT) tu 2x dah hasilnya positif...ada Dua garisan tapi hati masih kata tak mengandung. Bila check up bagi tahu tak datang bulan, Dr.sutuh buat urine test Dan memang sah aku mengandung!!!
Terus Dr.tu telefon doktor atasan dia dan maklumkan bahawa salah seorang pesakit dia termengandung....haha. Sebelum ni doktor tak galakkan aku ngandung dulu jadi bila dah terada dia kena telefon doktor yang lagi pakar sebab aku makan beberapa jenis ubat.
Bila dah ada 'isi' ni ada ubat yang aku tak boleh makan dah sebab ada baby kt dalam tu. Masa dapat tahu baby dah 11 minggu. Sebelum ni period aku memang datang selang sebulan jadi aku tak risau sangat. Ramadan pun aku dapat puasa penuh Dan lepas tu April tu memang tak datang dah period. Tunggu punya tunggu memang tak datang dan Mr.S suruh aku check sendiri dulu.
Hati cuba kata tak mengandung tapi hakikat dah tunjuk 2 garisan. Jadi masa check tu doktor terus tukar ubat dan kurangkan pengambilan dos serta suruh aku buka buku pink 🩷. Tahu kan buku pink tu untuk apa? Untuk rekod kesihatan ibu mengandung do Klinik Kesihatan Ibu & Anak (untuk wanita mengandung).
![]() |
| Snap dulu sebab kena datang hari lain until buka buku pink. Nak buka buku pink ni pun masalah KKKL kata pergi dekat KK Jalan Perkasa, dah sampai sana cakap bulan bawah dia orang Dan suruh pergi KK Nirwana. Sampai sana suruh datang esok (masa sampai dah petang) dan bawa bil elektrik Dan bila pagi esok tu aku pergi lagi, jururawat yang bertugas tu cakap ni bukan bawah KK Nirwana. Pulak? Sini tolak sana, sana tolak sini semalam cakap datang hari ni. Dah datang beritahu bukan bawah dia orang Dan sudahnya suruh aku pergi KK Cheras Baru pulak. Sampai KK CB tak boleh daftar hari ni, kena datang hari Khamis dan suruh aku snap gambar tu dan hari Khamis datang lagi until buka buku pink dan prosesnya lama juga. No. giliran 5003 di bilik No.9 bersama Nurse Rozihan...cara cakap garang je. |
![]() |
| Booking untuk buat details scan |
![]() |
| Check dulu klinik panel ke tidak |
![]() |
| Beli until tempat baharu nanti ... ingatkan besar rupanya kecil jer....rasa rugi pula beli. |
![]() |
| Janji temu dengan Dietetik pula di KK Ampang...yang ni dia beritahu pasal jaga pemakanan dan makanan apa yang boleh kita ambil bagi mereka yang ada kandungan gula yang tinggi dalam darah masa mengandung, berapa kuantiti, berapa kali sehari dan aku jumpa Dietetik ni sekali sahaja |
![]() |
| Nota....snap je bulan nak dengar pun cakap dietician tu... |
Subscribe to:
Comments (Atom)












































