Orang kata api ni keci-kecik jadi kawan bila besar jadi lawan. Bukan lawan tapi boleh menjadikan seseorang tu agak terkejut dan trauma sekejap. Macam apa yang berlaku di rumah aku sebulan dari tarikh hari ini. Masa kejadian itu ada aku, mak, kakak aku ngan anak buah aku. Abah aku pula baru balik kerja kan hari Jumaat masa rehatnya panjang. Aku tengah siapkan bahan-bahan untuk mak aku masak kejap lagi.
Lepas tu aku dengar bunyi; aku ingatkan bunyi kucing. lepas tu mak aku tanya bunyi apa tu. Taklama lepas tu keluar bau asap dan aku mula nampak api pada kotak fius utama rumah di ruang tamu. Mula-mula kecil jer. Aku panggil kakak aku suruh telefon abang ipar aku tapi tak dapat pula. Abah aku pun tak tahu nak buat apa. Makin lama api makin marak dan besar hingga semua kotak fius hancur dan cair.
Akak aku suruh simbah air tapi abah aku kata nanti dia meletuplah. Aku suruh abah guna kain buruk api aku aku tak berani. Nak tutup sius besar kat luar rumah pun abah aku tak berani. Asap makin tebal. Mak aku bawa kuar anak buah aku yg tidur kat dalam bilik. Ada ke patut kakak aku boleh pula tinggalkan anak dia dalam rumah dia dah keluar dulu selamatkan diri. Apa puyna turrr daaa.
Akak aku minta tolong pada jiran sebelah rumah. Panik sangat masa tu sebab asap dah memenuhi ruang legar blok. Semua orang kuar sebab bau asap tu makin kuat. Takut berlaku litar pintas nanti meletup pula satu rumah aku call bomba.
Jiran aku pakcik Mazran datang ke rumah. Dia gunakan penyapu untuk padamkan api tu. lepas tu bomba pun datang dia orang check sume kata ada wayar dah lama sangat kat dalam tu.Dia call pula orang TNB. Lepas bomba balik, orang TNB datang dan check.
Dia orang cuma betulkan wayar utama kat blok tu jer sebab abang ipar aku boleh betulkan sendiri.Dia check apa yang patut dan sambungkan wayar ke apa yang dia orang buat keadaan pulih seperti biasa.Habis juga beberapa ratus beli balik benda yg dah rosak tu.Kejadian terjadi secara mengejut sungguh tak disangka. malang tak berbau...