Sunday 20 December 2009

DIVYA BHARTI : TAK SANGKA



Sejak kebelakangan ni, aku suka sangat2 tengok sebuah filem Hindi ni apatah lagi aku ada vcdnya. Mula2 aku tgk CD yg terakhir jer lepas tu siap tgk dari CD pertama lagi...aku sendiri pun pelik kenapa aku suka sesangat tgk citer tu. Yang kelakarnya ada sehari tu aku siap ulang cerita tu sampai dua kali walau pun dah tahu jalan ceritanya.

Lagunya pula dah terlebih ulang aku tgk siap boleh nyanyi sekali walaupun sebutan mungkin tak berapa betul janji ada bunyinya sudah... Aku sendiri dok pikir apasal dgn tiba2 jer nak tgk sangat padahal sejak beli cuma sekali jer aku tgk itupun lepas tgk kat saluran Zee kat Astro tu. Bila tgk tu suka sgt sebab jalan ceritanya menarik. Heronya pun dari tak minat dah jadi minat...hehehe

Kata orang dulu2 kalau kita ketawa banyak sangat nanti suatu saat menangis dan memang betul. Aku tak sangka kesempatan untuk mengakses internet kat rumah memberi satu kesan yg agak mendalam buat diri aku. Pagi tu aku tak tido dan dok sibuk cari info tentang hero dan heroinnya tetiba aku tersentak bagaikan tak percaya dgn apa yg aku baru baca. 

Heroin tu dah meninggal pd thn 1993 dan filem tu dibuat setahun sebelumnya. Usianya sangat muda iaitu 19thn dan baru terlibat dlm dunia lakonan selama tiga tahun jer. Tambahan pula baru jer kahwin. Menurut info itu lagi dia meninggal di apartment suaminya dan kematiannya sehingga kini tidak dapat disahkan puncanya. Kes tu dah ditutup pd 1998 lepas pihak polis dan doktor sendiri tak dapat kesan puncanya.

Ada kata dia makan pil terlebih dos, tak kurang juga kata minum arak dan ambil dadah. Begitu juga dgn ketidakbahagianya dia berumahtangga dgn seorang produser. tersentuh hatiku melihat video pengebumiannya dan tanpa disedari air mata ini mengalir bagai tak henti pula. Dulu seronok sangat tgk dia berlakon sekarang sedih pula. Ada wajahnya yg di zoom secara dekat semasa mayatnya diusung. Rasa macam hilang separuh semangat aku nak tgk video klip dia pun dah tak rasa seronok. Semoga dia 'hidup' aman di sana.