Friday 4 July 2008

SUNAT POTONG KUKU

Just nak share info yg ade untuk panduan kita bersama,


Sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk hingga ke jari kelingking dan diikuti ibu jari. Kemudian tangan kiri daripada jari kelingking hingga ibu jari. Bagi kuku kaki pula bermula dengan kaki kanan daripada jari kelingking hingga ibu jari. Kemudian kaki kiri daripada ibu jari hingga jari kelingking (Iman an-Nawawi)

Hari Sabtu = Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad = Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
Hari Isnin = Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa = Nescaya keluar daripadanyan sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu = Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis = Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat = Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk
kepadanya rahmat daripada Allah taala.


Sama-sama kita renungkan dan peroleh rahmat-Nya

Tuesday 1 July 2008

PUISI : RIMBA DAN AKU

KU RENUNG SEJENAK
PANAHAN SINAR MENTARI
HATI TERUJA
MEROBEK ISI ALAM
BERDIRI UTUH TONGKAT ALI
SEGAK BERDIRI DI SISI
KACIP FATIMAH
SELONGGOK KAWAN TUMBUH MELATA
EMAS COTEK EMPUNYA NAMA
DI SIMPANG SANA
TERLIHAT DEDAUN MISAI KUCING
TERLIANG-LIUK DITIUP ANGIN
NAMUN TIADA SUARA
SERUMPUN GAJAH BERANAK TERDAMPAR
POKOK DUKUNG ANAK TERBIAR
TENGKUK BIAWAK HIDUP MENJALAR
BERSAMA PISANG SAKAI HIDUP BERJIRAN
DIKELILINGI MATA PELANDUK
DAN TERUNG MERANTI
BERPUSAT PADA PAKSI
DI TENGAH BELANTARA
TIADA SIAPA YANG PEDULI
DIPANDANG SEPI
PENGHUNI ALAM
JAUH TERSEMBUNYI
TIDAK MEREKA KETAHUI
BESAR NILAI YANG KAU BERI
PADA MANUSIA HARI INI