Saturday 19 September 2009

SALAM AIDILFITRI

Salam Aidifitri aku ucapkan kepada semua pembaca yg sudi singgah ke blog yg tak seberapa ni. Mohon maaf andai ada terkasar bahasa dan kata yg mengguris hati dan perasaan sepanjang aku mengendalikan blog ini. Semoga ikatan ukhuwah yg terjalin di antara kita akan terus berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhirnya...insyaallah...
juga buat keluargaku yg tersayang, teman2 yg masih sudi mengingati diri ini dan juga guru2 yg selalu mendukung penglibatan aku dlm bidang penulisan dan mereka yang masih kenal aku sebagai anak didik mereka. Salam Syawal sekali lagi dari aku di sini.

Friday 4 September 2009

ADA APA DENGAN RAYA

Ada apa dengan raya...mestilah seronok dapat balik kampung, jumpa atuk dan nenek, itu belum lagi bertemu dengan saudara mara serta sepupu-sepapat yg dah lama tak jumpa. Ditambah lagi bergotong-royong memasak di malam raya, pasang pelita di sekeliling rumah pada malam tujuh likur semestinya keseronokan yang tidak sabar2 dinanti. Betul tak? Tapi bagi aku semua itu tak pernah ada makna dan ertinya sebab aku tidak pernah berpeluang untuk mersai semua itu setiap kali lebaran menjelang. Udah duduk KL tak ada kampung sedara mara semuanya macam hamlau (maaf terpaksa guna bahasa kasar ni) tambah lagi bila dengar lagu2 raya bagi aku semua itu dah cukup menyedihkan sambutan Syawal aku saban tahun.
Semakin meningkat umur seiring semakin matang pemikiran aku ni lagi tak ada rasa suasana raya langsung dalam hati aku kecuali keseronokkan berpuasa dan berbuka bersama satu-satunya keluarga yang aku ada sekarang ni. Ada kawan2 pun tak boleh harap tatkala semuanya sudah berterbangan tinggi di awan langsung tak mahu menjenguk ke bumi. Lupa semua yang pernah dikongsi bersama dan lenyap semua kenangan yang pernah kita ciptakan bersama-sama. Tinggallah aku sendirian besama beberapa teman yang masih lagi sudi menjalinkan ikatan persahabatan sana yg paling penting saling mengingati.
Tahun ni juga aku culas nak hantar kad raya banyak2 seperti yg aku lakukan tahun2 lepas. Apa tidaknya aku sahaja yg tersoronog-sorong menghantar kad mengimbas ikatan ukhuwah yang sedia terjalin sedangkan mereka langsung tak menghargainya...usahkan membalas kad raya nak kirim sms pun mereka dah tak sudi. Mungkin aku ni dah tak setaraf dengan mereka atau mereka telahpun melupakan persahabatan ini dan menemui teman2 yang 'berjaya' dari aku di sini. Hati manusia yang keras sekalipun lama2 akan hancur luluh juga suatu hari nanti dengan perlakuan yg sedemikian....betul tak.
Entah apa ujian yg melanda aku sekarang ini bahkan sejak dulu lagi...ada sedara pun semuanya tak boleh diharap tambah lagi semua dah kaya-raya dan hidup senang-lenang , ada kawan2 pun sama juga dah berjaya lupakan aku dengan alasan yg merepak, merapu dan paling tidak munasabah pun aku dah pernah dengar, tak cukup tu tak ada kampung malahan tak pernah merasai sambutan Syawal bersama atuk dan nenek sepanjang hayat mereka. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang mana aku sendiri tak tahu...syukurlah kalau itu yg Allah s.w.t tetapkan untuk aku. Semoga segala kemanisan dan kegembiraan yang aku harapkan dapat jua aku peroleh dan kecapi biarpun sekelumit cuma di masa2 yang mendatang ini...amin ya rabbal alamin...itulah doa aku...