Thursday, 11 March 2010

BUAH KUNDANG

ni gambar buah kundang yang abah aku bawa balik hari tu...



Mungkin ada yang pernah makan ataupun pernah dengar nama buah ni. Kundang spesis yang sukar sekali ditemui pada masa kini. Samalah juga dengan jambu mawar, letup-letup, kerdas, nam-nam, cerapu yang semuanya dalam kategori buah nadir. Buah nadir ialah yang hampir pupus dalam pasaran hari ini. Terdapat lebih kurang 700 spesis buah-buahan tempatan yang kita miliki namun pada hari ini kemungkinan besar hanya 16 yang kita temui dalam pasaran. Buah kundang ni pula ada yang masam ada yang manis ikut nasiblah...